Kredit foto: mynewshub.cc
Pelakon Alif Satar dalam perkembangan terkininya dikatakan telahpun berubah sikap menjadi lelaki yang panas baran. Dakwaan tersebut dikuatkan lagi apabila Alif sendiri tidak dapat mengawal emosi kemarahannya di khayalak ramai.
Bagaimanapun peminat Alif janganlah terlalu bimbang kerana karakter tersebut hanyalah sebahagian daripada watak yang dipegangnya dalam drama terbaru, Hikayat Cinta Si Pematah Hati.
Drama bersiri tersebut menggandingkan beliau bersama penyanyi Nabila Razali sebagai teraju utama.
Kredit foto: Instagram Alif Satar
Saya memegang watak sebagai Rayyan Raiqal, seorang jejaka yang mempunyai sikap panas baran. Rayyan sukar mengawal sikap buruk dan Rayyan juga tidak menjaga penampilannya sehingga kelihatan serabut. Watak Rayyan sangat berbeza dengan watak Ahnaf Wafiy yang saya bawa dalam Dia Semanis Honey. Saya berdebar untuk menantikan reaksi peminat.
Sumber: Astro Gempak
Menurut Alif lagi, watak Rayyan Raiqal yang dilakonkannya kali ini lebih berat berbanding watak dalam drama terdahulu.
Kredit foto: Instagram Alif Satar
Menerusi Dia Semanis Honey, watak Ahnaf lebih ringan. Watak Rayyan dalam Hikayat Cinta Si Pematah Hati menuntut saya untuk lebih banyak bermain dengan emosi. Apa yang penting, saya mencuba untuk melakukan yang terbaik sebagai tanda penghargaan untuk peminat yang tidak henti menyokong kerjaya seni saya.
Sumber: Astro Gempak
Para peminat dapat mula mengikuti drama bersiri ini mulai 24 April bersiaran di saluran Astro Ria. Hikayat Cinta Si Pematah Hati antara lain turut membariskan pelakon Hafreez Adam, Yaya Zahir, Nadiyah Shahab dan ramai lagi.