Kredit foto: Instagram Afdlin Shauki
Pelawak Afdlin Shauki bersama pengacara Datuk AC Mizal bakal muncul dengan stesen televisyen sendiri yang diberi nama Syiok TV.
Afdlin memaklumkan berita tersebut di Sidang Media Pelancaran Yayasan Afdlin Shauki (YAS) di Planet Comedy, Great Eastern Mall, Ampang baru-baru ini.
Menurut Afdlin, dia berasa teruja kerana kehadiran stesen televisyen itu akan memberi manfaat besar kepada golongan selebriti.
Kredit foto: Instagram Syiok TV
Nampaknya, impian saya selama ini akan jadi kenyataan kerana tujuan kami mewujudkan stesen televisyen ini adalah untuk membantu golongan artis dalam industri seni hiburan tempatan. Kita tahu, ramai artis yang mempunyai banyak idea bernas dan niat kami untuk membantu artis serta hak harta intelek (IP) mereka. Tujuan kami mewujudkan Syiok TV adalah untuk menjaga hak artis dan IP mereka kerana kami faham bukan mudah untuk mencari idea. Saya sudah lama dalam industri dan saya dah tahu cara kerja industri. Jadi kalau orang tak ingin berubah biar saya sahaja yang ubah. Buat masa ini, kami tidak boleh bercerita dengan lebih lagi kerana akan ada pelancaran saluran tersebut tidak lama lagi.
Sumber: Astro Gempak
Saluran pertama Syiok TV akan memulakan siaran pada penghujung tahun ini.
Kredit foto: Instagram Afdlin Shauki