Sumber: chincyhongtae.blogspot.com
Muka anda sentiasa dinaiki jerawat yang seakan tiada kesudahan? Rutin kecantikan anda mungkin menjadi penyebabnya. Sama ada ianya teknik mencuci wajah atau penggunaan produk solekan yang salah, terdapat beberapa cara rutin kecantikan anda boleh membuat jerawat anda menjadi lebih teruk. Anda tidak perlu mengabaikannya, tetapi jadilah lebih bijak tentang apa yang digunakan pada wajah. Jom semak sebahagian daripada rutin kecantikan yang boleh memberi masalah jerawat yang serius.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Tidak menggunakan krim tabir suria
Adakah anda seringkali mengelak penggunaan krim pelindung matahari apabila ianya diperlukan? Jangan! Keradangan berpunca daripada sunburn boleh menyebabkan jerawat anda menjadi lebih teruk dan boleh menggelapkan sebarang hiperpigmentasi dari semasa ke semasa. Pilih krim tabir suria yang 'ringan' untuk memastikan kulit anda berada dalam keadaan paling baik.
Sumber: modernalternativehealth.com
2. Produk rambut yang berminyak
Jika jerawat tumbuh berhampiran rambut anda, ianya mungkin disebabkan produk rambut yang anda gunakan. Sesetengah produk rambut mengandungi banyak bahan kimia dan minyak yang tidak sepadan dengan kulit wajah anda. Bahan-bahan seperti alkohol, petroleum, sodium laurel sulfate dan silikon boleh menyebabkan jerawat. Anda dinasihatkan untuk menukar produk rambut anda dengan produk yang mengandungi bahan-bahan semulajadi dan bebas minyak.
3. Meletakkan ubat jerawat pada jerawat
Jangan hanya menyapu ubat jerawat kepada jerawat yang sudah sedia ada. Semua ramuan dan losyen ini bukan sahaja bertujuan untuk menyembuhkan jerawat yang sudah muncul, tetapi juga menghalang pembentukan jerawat baru. Sapukan ubat jerawat di seluruh muka anda untuk hasil yang terbaik. Apa-apa pun, berundinglah dengan doktor untuk mengetahui keadaan sebenar kulit wajah anda terlebih dahulu.
4. Mengeringkan wajah dengan tuala
Jangan sesekali guna tuala tangan untuk mengeringkan wajah anda yang basah. Tuala boleh menjadi sangat kasar dan menyebabkan minuscule tears yang membolehkan bakteria memasuki kulit anda. Ini biasanya berlaku semasa anda menggosok atau mengelap kulit wajah. Sebaliknya, pilih kain yang lebih lembut seperti baju t-shirt bagi mengelakkan bakteria yang tidak sepatutnya masuk ke dalam liang pori.
5. Berus solek kotor
Berus solek tidak hanya menyerap solekan anda, tetapi juga bakteria dan sel-sel kulit mati. Dengan kombinasi ini berlarutan dalam berus solek anda, alat-alat yang kotor ini boleh menyebabkan beberapa masalah kulit yang serius seperti keradangan dan jerawat yang teruk. Pastikan berus anda bersih dengan mencuci mereka setiap dua minggu menggunakan pembersih lembut seperti syampu bayi. Dengan mencuci alatan anda dengan betul dan menjaga kebersihan produk kecantikan yang dimiliki, wajah anda pasti akan menampakkan perubahan yang ketara.
Sumber: goodhousekeeping.com
6. Tidak bertukar span solekan
Pernahkah anda menggunakan span solekan yang sama sejak bulan yang lalu? Jika ya, ini adalah masa terbaik untuk anda melemparkannya. Bakteria sememangnya amat licik dan boleh masuk ke dalam liang anda melalui beberapa cara. Span solekan boleh menyimpan banyak bakteria dan solekan lama yang boleh menyebabkan jerawat.
7. Bahan solekan berbahaya
Seperti makanan, penting untuk anda memeriksa senarai kandungan pada bungkusan sesuatu produk kecantikan sebelum membelinya. Bahan seperti lanolin, petroleum, dan minyak mineral amat mengerikan untuk kulit. Mereka boleh menyumbat liang pori dan menyebabkan banyak kerengsaan. Elakkan minyak yang berlebihan dalam rutin kecantikan dan penjagaan kulit anda untuk mengelakkan bakteria. Cari produk yang bebas minyak atau tidak komedogenik (non-comedogenic) yang tidak akan menyumbat liang pori wajah.
8. Menggunakan produk dalam bekas
Produk dalam balang sering terdedah kepada cahaya dan udara kerana anda terpaksa membuka sepenuhnya untuk digunakan. Ketahuilah produk ini boleh 'rosak' lebih cepat dan seterusnya menyebabkan jerawat. Tambah buruk lagi, meletakkan jari anda ke dalam produk tersebut boleh menjadi mimpi ngeri kepada keadaan kulit wajah. Cuba beli produk dalam bentuk botol yang boleh ditekan untuk meminimumkan pendedahan bakteria yang terdapat dalam udara.
Sumber: mariefranceasia.com
Jerawat sudah cukup merengsakan, jangan biarkan rutin kecantikan anda memburukkan lagi keadaan. Lakukan apa yang terbaik untuk kulit anda. Kecantikan semulajadi tidak hanya akan menjadikan solekan anda kelihatan lebih baik, tetapi juga akan memastikan kulit anda kelihatan sihat untuk jangka masa panjang. Ia mungkin memerlukan sedikit usaha tetapi hasilnya benar-benar berbaloi. Semoga anda berjaya memiliki kulit bebas jerawat dalam masa yang singkat.
Rujukan: bustle.com