Pada masa kini, telefon mudah alih boleh dianggap satu keperluan. Malah, kanak-kanak di sekolah rendah juga segelintirnya turut diberikan telefon mudah alih oleh ibu bapa mereka.

Sukar untuk membayangkan kehidupan pada masa kini tanpa telefon bimbit kita. Telefon mudah alih adalah perkara pertama yang kita lihat pada waktu pagi dan perkara terakhir yang sering kita perhatikan sebelum tidur.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pada masa kini, syarikat-syarikat besar seperti Apple, Huawei, Samsung dan banyak lagi berlumba-lumba menghasilkan telefon dengan spesifikasi baru sehingga menyebabkan ratusan model telefon mudah alih membanjiri pasaran. Tawaran harga menarik yang diberikan semestinya memberi pengguna banyak pilihan untuk membeli, bergantung pada kemampuan kewangan mereka.

Terdapat ratusan (atau ribuan) model telefon mudah alih yang dijual di pasaran sejak dahulu. Namun, tahukah anda apakah model-model telefon mudah alih terawal yang pernah dijual satu ketika dahulu? Kali ini kami akan berkongsi 7 model terawal telefon mudah alih yang pernah dijual kepada orang ramai satu ketika dahulu.

7. Palm Treo 600 (Tahun: 2003)

palm treo 600

Jenama Palm ini mungkin tidak pernah didengari rakyat Malaysia kerana model-model telefonnya tidak dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Telefon Palm Treo 600 ini diperkenalkan pada tahun 2003 tetapi dihentikan penjualanya setahun kemudian. Harganya dahulu sekitar $500.

Sebelum kemunculan Palm Treo 600, syarikat Palm hanya menjual gajet PDA. Namun, mereka menukar strategi ini dengan memperkenalkan Palm Treo 600 yang dipasarkan sebagai gajet serba boleh dengan menggabungkan fungsi telefon dan PDA dalam satu peranti.

6. Sanyo SCP-5300 (Tahun: 2002)

sejarah telefon mudah alih 626

Pada masa kini, kamera pada telefon mudah alih merupakan satu ciri atau keperluan wajib yang ada pada setiap model. Namun, sekitar tahun 20202 dahulu, fungsi kamera pada telefon mudah alih merupakan satu konsep yang baru dan model terawal yang memperkenalkannya adalah Sanyo SCP-5300.

Telefon ini dijual pada harga sekitar $399.95. Bergantung pada versinya, telefon ini mampu menyimpan antara 10 hngga 79 keping gambar. Telefon ini juga mempunyai fungsi yang membolehkan anda melayari laman web namun kosnya terlalu mahal kerana kadar bayarannya dicaj mengikut minit penggunaan.

5. Nokia 5110 (Tahun: 1998)

nokia 5110

nokia model pertama

Nokia 5110 adalah salah satu telefon yang paling popular pada akhir 1990-an dan awal 2000-an. Nokia 5110 adalah telefon yang tahan lasak, sesuai untuk remaja dan orang dewasa. Dijual pada harga sekitar $100, telefon ini mempunyai paparan LCD yang dianggap sangat bagus pada waktu itu.

Telefon bimbit ini ditujukan untuk remaja yang dan dewasa dan ia adalah salah satu telefon pertama yang menampilkan permainan terkenal, Snake. Popularitinya bertahan selama beberapa tahun sebelum model baru yang lebih ringan dan kecil mengambil alih pasaran.

4. Motorola StarTAC (Tahun: 1996)

motorola startac 443

StarTAC dari Motorola dilancarkan pada awal tahun 1996 dan merupakan telefon bimbit pertama yang boleh dilipat. Konsep boleh lipat ini begitu mengujakan dan dianggap sebagai satu revolusi besar dalam dunia telefon mudah alih sehingga membolehkan kira-kira 60 juta unit terjual, angka yang mengejutkan memandangkan harganya amat mahal, sekitar $1000.

Motorola StarTAC adalah salah satu telefon pertama yang menggunakan bateri lithium-ion. Selain itu, ia memiliki kemampuan untuk bergetar dan bukannya berdering ketika panggilan telefon masuk. Model telefon ini dihentikan pengeluarannya sekitar tahun 2007.

3. Nokia 1011 (Tahun: 1992)

handphone nokia terawal

Nokia 1011 adalah telefon GSM pertama di pasaran dan dihasilkan secara besar-besaran. Beberapa ciri utama telefon ini termasuk kemampuan untuk mengirim dan menerima pesanan SMS dan mempunyai memori yang cukup untuk menyimpan 99 nombor telefon.

Telefon ini bukan sahaja besar, tetapi berat. Ianya seberat 482g dan sebagai perbandingan, Iphone 8 hanyalah seberat 142g. Selain itu, paparannya juga kecil, sesuatu yang normal buat model-model awal telefon mudah alih di pasaran.

2. Motorola Microtac 9800X

motorola microtac 9800x

Motorola Microtac 9800X diperkenalkan pada tahun 1989 dan dihentikan pengeluarannya 2 tahun kemudian. Ianya merupakan telefon mudah alih yang benar-benar mudah alih kerana ianya tidak disambungkan dengan kenderaan dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja.

Harganya cukup mahal, sekitar $2495 pada waktu tersebut. Terdapat ciri-ciri menarik padanya antaranya nada pada papan kekunci, kemampuan penyimpanan nama dan nombor telefon, kawalan kelantangan bunyi dan paparan dot-matriks.

1. Motorola Dynatac 8000X

motorola dynatac 8000x

Motorola Dynatax 8000X dijual pada tahun 1984 dan cukup mahal, dijual sekitar $4000! Ianya merupakan telefon mudah alih pertama yang dijual kepada orang awam. Penciptaan telefon mudah alih sebelumnya lebih tertumpu untuk kegunaann ketenteraan.

Pada masa itu, telefon ini hanyalah untuk orang kaya dan kebanyakan pemiliknya adalah ahli perniagaan yang sentiasa menaiki kenderaan untuk kemana sahaja memandangkan telefon ini mempunyai kabel yang bersambung dengan kereta.

Pada ketika itu sekiranya anda menggunakan istilah "telefon bimbit", orang akan memberi anda pandangan yang pelik dan jika anda mengatakan "telefon mudah alih", orang akan menganggap anda bercakap mengenai telefon yang terdapat dalam kereta kerana model terawal telefon mudah alih ini bersambung dengan kereta.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. Webdesigner Depot
  3. Oldest.org



Hakcipta iluminasi.com (2017)