Sumber Foto: keywordsuggest.org
Limfoma adalah barah kelenjar limfa. Kelenjar limfa adalah struktur kecil yang befungsi untuk menapis bahan berbahaya dalam badan.
Ia mengandungi sel imunisasi yang membantu melawan jangkitan dengan menyerang dan menghancurkan kuman yang terkandung di dalam saliran limfa.
Tahukah anda 1 daripada 5 ataupun 20% rakyat Malaysia menghidapi limfoma sama ada mereka sedar mahupun tidak. Walaupun tiada rawatan bagi menyembuhkan barah ini, ia boleh dirawat melalui rawatan susulan.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Kelenjar Limfa Membengkak / Menjadi Ketulan
Sumber Foto: asiancancer.com
Sumber Foto: jellygamatqnc.net
Kelenjar limfa membantu melawan jangkitan. Bengkaknya kelenjar ini adalah tanda biasa limfoma. Ketulan atau bengkak tersebut tidak membuatkan anda berasa sakit.
Ketulan ini selalunya berlaku di kawasan sekitar leher, ketiak dan pangkal peha. Terma medikal yang digunakan untuk merujuk kepada ketulan ini adalah 'lymphadenopathy'. Lebih kurang setengah daripada mereka yang menghidapi barah ini dapat merasai kehadiran ketulan tersebut.
Walaubagaimanapun, kehadiran ketulan ini tidak bermaksud anda secara automatik menghidapi limfoma. Sekiranya ketulan tersebut tidak hilang dalam masa beberapa minggu, atau semakin membesar, teruslah berjumpa doktor.
2. Mudah Berasa Penat / Lesu
Sumber Foto: themalaysiantimes.com.my
Punca pesakit limfoma mudah berasa penat masih belum diketahui. Terdapat beberapa sebab di sebalik mudahnya berasa lesu. Limfoma boleh membuang sumber tenaga badan anda.
Kelesuan boleh berlaku atas banyak sebab kesihatan lain selain limfoma. Mudah berasa lesu tidak bermakna anda menghidapi limfoma.
Namun, sekiranya anda merasa lesu secara berterusan, teruslah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat kesihatan.
3. Kehilangan Berat Badan Tanpa Sebab
Sumber Foto: pbs.twimg.com & buzzle.com
'Tanpa sebab' di sini membawa maksud kehilangan berat badan dalam masa yang singkat walaupun tiada niat ke arah itu.
Sekiranya anda menghidapi limfoma, kehilangan berat berlaku disebabkan sel kanser yang menggunakan sumber tenaga badan anda, dan badan anda pula memberi respon dengan bekerja keras untuk melawan sel ini.
Sekiranya anda kehilangan 5% daripada berat normal badan anda dalam sebulan, atau 10% dalam masa 6 bulan, dinasihatkan untuk berjumpa doktor dengan kadar segera.
4. Kerap Berpeluh Di Malam Hari
Sumber Foto: videoblocks.com
Limfoma boleh menyebabkan anda berpeluh teruk di selalunya malam hari, menyebabkan anda lencun. Berpeluh lencun ini berlaku boleh berlaku kepada mana-mana jenis pesakit limfoma, dan turut boleh berlaku di siang hari.
Doktor tidak mengetahui mengapa berlakunya peluh seperti ini, namun antara sebab munasabah ia berlaku adalah respon badan terhadap suhu badan yang meningkat lebih daripada tahap yang biasa.
Antara sebab lain peluh lencun termasuklah sebagai respon terhadap hormon yang tidak normal dan protein yang dihasilkan oleh sel limfoma.
5. Kegatalan Yang Teruk
Sumber Foto: webmd.com
Kegatalan yang teruk adalah simptom biasa pesakit limfoma Hodgkin. Satu pertiga pesakit limfoma Hodgkin mempunyai kegatalan sebagai simptom. Walaubagaimanapun, simptom ini jarang berlaku terhadapat pesakit limfoma non-Hodgkin.
Selalunya, pesakit akan berasa gatal di kawasan-kawasan seperti tangan dan kaki, atau bahagian bawah kaki, ataupun di seluruh anggota badan.
Seperti tanda-tanda lain, penyebab kegatalan yang serius ini masih belum diketahui. Antara sebab munasabah adalah disebabkan bahan kimia dalam badan yang dipanggil cytokines.
Bahan kimia ini mengganggu saraf di dalam kulit dan menyebabkan ia gatal. Cytokines dibebaskan oleh sistem imunisasi sebagai reaksi terhadap sel limfoma.
6. Demam (Pyrexia)
Sumber Foto: ramuanobattipes.com
Demam adalah kenaikan suhu badan melebihi tahap yang normal. Limfoma mampu menyebabkan demam sederhana panas (melebihi 37.5°C).
Demam selalunya disebabkan oleh jangkitan, namun kadang kala ia boleh berlaku disebabkan sebab-sebab lain yang kurang lazim seperti limfoma.
Selalunya demam disebabkan limfoma tidak terlalu panas, dan ia datang dan pergi, dan turut digelar sebagai demam kelas rendah.
Antara sebab utama limfoma boleh menyebabkan demam adalah disebabkan pembebasan sejenih bahan kimia ke dalam darah yang menyebabkan suhu badan menaik.
Rujukan: