Walaupun agak jarang berlaku, namun kerabat diraja kadang-kala dilihat berjalan bersiar-siar seperti orang kebanyakan di tempat awam.
Kadang-kala, mereka melakukan sebegitu kerana tiada pilihan atau mahu menafikan tanggapan salah orang ramai terhadap peraturan dalam kehidupan mereka.
BESARKAN TEKS A- A+
Dan dalam sesetengah kes, mereka hanya mahu merasa hidup bebas seperti orang biasa. Kerabad diraja seperti keluarga diraja Belanda hidup seperti orang kebanyakan manakala yang lain masih hidup di dalam istana.
iluminasi.com kongsikan 6 kisah di mana kerabat diraja menyamar seperti orang kebanyakan.
1. Raja Abdullah II - Jordan
Pada tahun 1999, Raja Abdullah II dari Jordan dilaporkan telah menyamar sebagai seorang wartawan, suatu tindakan yang juga kerap dilakukan ayahnya ketika memerintah.
Dalam kes ini, identiti beliau telah didedahkan. Raja Abdullah II tiba di Zarqa dengan seorang rakan iaitu ketua pusat akhbar istana yang menyamar sebagai wartawan lain.
Tujuan beliau adalah ingin mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh ahli perniagaan dan pedagang tanpa rasa takut untuk memberitahu kebenaran tentang zon bebas cukai kerajaan.
Penyamaran itu melibatkan Raja Abdullah II memakai janggut putih, jubah putih dan selendang merah. Namun identiti beliau diketahui apabila pihak penguasa rasmi zon bebas cukai meminta lesen krew TV.
Oleh itu, Raja Abdullah II terpaksa menunjukkan siapa dirinya yang sebenar namun kemudian meneruskan penyamaran dalam melawatke hospital, lintasan sempadan dan perkhidmatan awam untuk mengetahui isi hati rakyatnya yang sebenar.
2. Nero - Empayar Roman
Nero, yang masih dalam zaman remaja ketika beliau mengambil takhta sebagai pemerintah Rom, akan memakai topi atau rambut palsu dan berjalan-jalan di sekitar bandar dengan kawan-kawannya.
Kadang-kadang, mereka akan bergurau dengan orang setempat. Namun mereka kerap kali memukul dan menyerang lelaki-lelaki yang ada di jalanan, menikam mereka yang menengang dan menghumbang ke dalam pembetung.
Nero akan memecah masuk dan mencuri dari kedai-kedai dan menjual barang rampasannya di pasar di istana, membahagikan kutipan di antara kumpulannya, mengambil keuntungannya dan terus melakukan kacau bilau.
Nero menimbulkan masalah sehingga dia hampir kehilangan matanya dalam satu insiden dan dia hampir dipukul hingga mati oleh seorang lelaki yang mana isterinya dilayan dengan buruk oleh Nero.
Selepas kejadian itu, Nero akan bergerak dengan pegawai rasmi di belakangnya yang bersedia untuk campur tangan jika berlaku sebarang masalah.
3. Raja Charles XI - Sweden
Raja Charles XI yang memerintah Sweden dari tahun 1660 hingga 1697 dikatakan telah mengembara ke seluruh kawasan setempat dengan memakai jubah kelabu bagi menyembunyikan pakaian seragam kerajaannya bagi bercakap dengan pegawai-pegawai tempatan.
Beliau melakukan begitu untuk menguji jika terdapatnya rasuah dan mahu menguji orang-orang tempatan, yang mungkin dapat mendedahkan apa-apa penindasan yang berlaku kepada Raja Charles XI.
Raja Charlex XI mungkin telah mengambil inspirasi untuk menyamar daripada legenda Norse Lama Odin, yang akan berbicara dengan manusia dengan menyamar.
Penyamaran Raja Charles XI menjadi legenda dan beliau dirujuk sebagai Greycoat (atau Grakappan).
4. Raja Matthias Corvinus - Hungary
Raja Matthias Corvinus naik takhta pada tahun 1464 dan menjadi raja yang sangat popular.
Reformasi keadilannya dan advokasi orang-orang yang berbakat tanpa mengira kedudukan sosial membuatkan Raja Matthias menjadi pemerintah yang terkenal serta disayangi.
Beliau adalah penaung sains dan seni dengan kerjaya ketenteraan yang baik dan walaupun cukai terpaksa dinaikkan sebagai ganti kepada kos perang (terutamanya dengan Turki), namun beliau tetap disukai.
Satu kisah legenda tentang Raja Matthias melibatkan lawatan menyamar ke salah satu kem Turki. Berpakaian seperti seorang, beliau berdiri di luar khemah Jeneral Turki sepanjang hari.
Keesokan harinya, beliau menghantar mesej kepada jeneral, menggambarkan jem beliau dan menunjukkan makanan tersebut sebagai bukti.
Kerana terlalu terkesima bahawa raja sedang berada di kem, jeneral tersebut dengan serta-merta melarikan diri ke Turki.
Dalam satu kisah lain ketika Pengepungan Shabacz, Raja Matthias menyamar sebagai seorang tentera dan bersama-sama seorang lagi tentera lain di sepanjang kubu untuk mencari lokasi terbaik untuk melancarkan serangan.
Askar-askar Turki melepaskan tembakan membunuh tentera yang berada bersama Raja Matthias, namun raja tersebut dengan tenang terus mencari lokasi untuk membuat serangan.
5. Sultan Alauddin Riayat Shah - Melaka
Di antara tahun 1477 hingga 1488, Melaka telah diperintah oleh Sultan Alauddin Riayat Shah.
Beliau sering mengambil tahu akan keadaan masyarakat dan pendapat rakyat terhadap keputusannya dengan berjalan di kalangan mereka dengan cara menyamar sebagai orang biasa dan dikatakan sebagai seorang sultan yang sangat adil dan baik.
Beliau akan berjalan pada waktu malam untuk mengurangkan risiko dikenali atau bertembung dengan pembesar Istana. Pada suatu ketika, beliau bertembung dengan seorang pencuri lalu dikejarnya. Beliau berasa terkejut kerana perkara sebegitu berlaku dalam kerajaannya. Disangkakan rakyatnya sudah cukup makan dan hidup aman damai.
Sultan Alauddin akhirnya meninggal dunia disebabkan penyakit yang tidak diketahui dan ahli keluarganya saling bergaduh untuk merebut takhtanya. Hal ini telah berlaku lama walaupun ketika Sultan Alauddin masih hidup.
Kedua-dua isterinya bergaduh kerana masing-masing mahu menjadikan anak-anak mereka sebagai pewais takhta, saudaranya iri hati terhadap kedudukannya dan terdapat kemungkinan beliau mempunyai musuh yang ramai dikalangan bangsawan-bangsawan negeri lain ketika itu. Sayangnya pekerti yang baik ini tidak diwarisi.
6. Puteri Diana - England
Pelawak Cleo Rocos telah menulis satu kisah berkenaan Putri Diana pergi ke sebuah pub London bersamanya dan Freddie Mercury di dalam bukunya The Power of Positive Drinking, diterbitkan pada tahun 2013.
Pada akhir 1980-an, Princess Diana, Freddie Mercury, dan Cleo bersama-sama keluar untuk minum malam di London Selatan di Royal Vauxhall Tavern.
Mereka memakaikan Puteri Diana dengan satu jaket tentera, cermin mata hitam dan topi sebagai penyamaran.
Ketika berada di situ beberapa orang tersilap menyangkakan Puteri Diana adalah seorang lelaki gay dan tiada siapa pun yang mengecam bahawa ia adalah Puteri Diana.
Beliau tidak dikenali sehinggakan terpaksa memesan minuman bagi pihak kedua-dua lagi rakannya yang terkenal.