Oleh pada 06 Jul 2019 kategori

Bagi mereka yang menggemari kartun Disney, anda sudah tentu mengenali watak Pocahontas kan? Seorang gadis cantik yang sangat berani, puteri kepada Pohatan, ketua tertinggi satu suku kaum orang Asli Amerika. Kartun yang dihasilkan oleh Disney ini menceritakan tentang keberanian Pocahontas berjuang untuk cintanya terhadap John Smith, yang merupakan seorang kolonis.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Selain itu, Pocahontas digambarkan sebagai orang yang manis, ceria, dan penuh dengan kasih sayang.

lakaran pocahontas sebenar

Dalam filem itu, Pocahontas berkawan dengan haiwan iaitu rakun dan burung yang diberi nama Meeko dan Flit.

Walaubagaimanapun, di sebalik kisah Pocahontas yang romantik ini, tersembunyi pelbagai cerita yang sangat mengerikan.

Kehidupan sebenar Pocahontas adalah sangat jauh berbeza daripada yang difilemkan.

1. Powhatan seorang ketua yang kejam

powhatan bapa pocahontas seorang ketua yang kejam

Ketua Suku Indian iaitu Powhatan adalah bapa kepada Pocahontas. Powhatan adalah seorang ketua suku yang sangat kejam dan sanggup berbuat apa sahaja, menurut kisah sebenar.

Ketibaan John Smith di pulau mereka membuatkan Powhatan berasa sangat terancam.

Sebelum itu, Powhatan mempunyai niat untuk melebarkan kawasan miliknya tetapi bimbang apabila tahu bahawa pulaunya akan tenggelam, yang juga akan membuatkan dia kehilangan kuasa.

Hal ini dilihatkan oleh Powhatan sebagai satu amaran. Jadi, untuk mengelakkan perkara ini, dia mengumpulkan anggota suku kaumnya dan membunuh mereka secara bergilir-gilir.

2. Tiada kisah cinta antara Pocahontas dan John Smith

pocahontas dan john smith

Seperti yang diceritakan dalam filem, Pocahontas mempunyai rasa cinta terhadap John Smith. Atas dasar cinta yang mendalam, Pocahontas menentang bapanya yang hendak membunuh kekasihnya itu.

Akan tetapi, kisah sebenar adalah sangat jauh dari kisah romantis ini.

Ketika sampai di daerah di bawah kuasa Powhatan iaitu Teluk Chesapeake, John Smith sudah berusia 28 tahun manakala Pocahontas pula baru sahaja berusia 11 tahun.

Jadi, tiada langsung cinta dan asmara yang berputik di antara mereka. Namun, kisah tentang Pocahontas yang menyelamatkan nyawa John Smith adalah benar tetapi ia tak lebih daripada rasa simpati sahaja.

3. John Smith dan Powhatan berniat untuk membunuh antara satu sama lain

lakaran john smith sekitar tahun 1607

John Smith datang ke Teluk Chesapeake bersama-sama sekumpulan lelaki Inggeris yang mana tidak mahu bekerja. John mula menyuruh mereka untuk bercucuk tanam.

Mamun mereka tetap enggan bekerja walau dipaksa dengan cara apa sekalipun dan walau sangat lapar pada ketika itu. Melihat tiada cara lain, John akhirnya meminta bantuan Powhatan.

Namun jelas sekali Powhatan enggan membantu dan memberitahu bahawa mereka tiada makanan untuk dikongsikan. Ini membuatkan John mengugut Powhatan menggunakan senjata.

Tidak takut dengan ugutan itu, Powhatan juga merancang untuk membunuh John yang kemudiannya digagalkan oleh Pocahontas.

4. Pocahontas diculik dan dirogol

pocahontas diculik dan dirogol

Pada satu ketika, suku kaum Teluk Chesapeake berpecah dan berlakunya perang yang besar di mana ramai orang terbunuh dengan begitu dahsyat.

Pocahontas yang juga tidak terlepas daripada tradegi ini apabila diculik oleh pihak Eropah. Seorang kapten bernama Argal telah menculik Pocahontas dan berniat untuk menjual dan menukarkannya dengan banduan serta senjata.

Malah, Argal juga membunuh suami Pocahontas dan cuba untuk membunuh anaknya, namun tidak berjaya selepas seorang wanita menyembunyikan bayi tersebut.

Pocahontas dirogol dengan begitu dahsyat dan dipaksa untuk pergi ke Eropah serta mengikuti budaya dan agama negara tersebut. 

Akhirnya, Powhatan bersetuju dengan segala permintaan Argal. Lebih malang, Argal tidak menepati janjinya dan tidak melepaskan Pocahontas.

5. Pocahontas mati akibat penyakit maut

pocahontas mati akibat penyakit maut

Selepas dibebaskan dari Eropah, Pocahontas berhasrat untuk pulang bersama suami barunya ke Virginia, di mana bapanya berada.

Berita ini membuatkan Powhatan sangat gembira namun tidak berbuat apa-apa kerana bimbang tindakannya akan memberikan kesan buruk kepada anak yang dirinduinya.

Tetapi malang sekali, selepas kapal yang dinaiki oleh Pocahontas meninggalkan pelabuhan, dia dijangkiti dengan penyakit maut yang biasanya hanya menjangkiti orang Eropah.

Pocahontas yang tidak mempunyai ubat untuk melawan penyakit itu akhirnya meninggal dunia di usia muda iaitu 21 tahun. Berita tersebut membuatkan Powhatan sangat sedih yang mana meninggal dunia setahun kemudian.

Berdasarkan kisah sebenar ini, ternyata bahawa tak semua kehidupan seindah seperti yang diceritakan di dalam filem.

Selain Pocahontas, banyak lagi filem yang diinspirasikan oleh kisah sebenar tetapi diubah agar menjadi sebuah kisah yang menarik dan gembira.

Rujukan:

1. News Maven

2. Smithsonianmag

3. Ancient Origins




Hakcipta iluminasi.com (2017)