Memilih nama memang cukup penting bagi seseorang individu. Bagaimanapun ada ketikanya atas tindakan ibu bapa atau sekadar nasib tidak menyebelahi, nama seseorang mampu memalukan seseorang itu seumur hidupnya.

Mempunyai nama yang menjadi bualan ramai akan menyebabkan fokus kerap beralih kepada pemilik nama tersebut sehingga menyebabkan kesan kepada psikologi seseorang, hanya kerana namanya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pernahkah anda bertemu dengan individu-individu yang tidak bernasib baik mempunyai nama yang agak unik dan ganjil? Berikut adalah 5 orang individu yang mempunyai nama yang berbeza daripada kebiasaan.

1. GoldenPalaceDotCom

goldenpalacecom nama anak pelik

Dengan bayaran tawaran sebanyak RM60,000 - sebuah syarikat kasino internet bernama GoldenPalace.com telah membuka peluang kepada mana-mana ibu bapa yang sanggup menamakan anak mereka dengan nama 'GoldenPalaceDotCom.' Pasti tidak ada ibu bapa yang akan mengambil tawaran itu kan? Ada.

Tawaran itu diterima sepasang ibu bapa dan GoldenPalaceDotCom, seorang bayi lelaki dilahirkan pada 19 Mei 2005. Tindakan itu mendapat sambutan beberapa pasangan lain yang nekad mengambil langkah sama dengan menamakan anak mereka GoldenPalaceDotCom untuk ganjaran wang tunai itu.

Seorang wanita dewasa juga sanggup menukar nama asalnya daripada Terri Illigan kepada nama kasino tersebut dan dia berjaya mendapat RM61,000 bagi menampung kehidupan lima orang anaknya. (rujukan)

2. KentuckyFriedCruelty.com

kfcfriedcruelty nama aneg

Bagi Christopher Garnett, impiannya untuk melihat hak ayam dilindungi jauh melebihi namanya sendiri. Sebagai seorang petugas agensi perlindungan haiwan PETA, Christopher amat sensitif dengan nasib ayam yang dibela untuk dijadikan ayam goreng KFC, kerana Christopher tahu bagaimana ayam-ayam tersebut diabaikan kebajikan mereka.

Atas sebab itu, Christopher secara rasmi telah menukar namanya kepada KentuckyFriedCrueltyDotCom dan berjanji tidak akan kembali menggunakan nama asalnya, selagi pihak KFC tidak melakukan sebarang perubahan.

Pada mulanya ibu bapa Christopher sukar untuk menerima perubahan nama tersebut, namun lama-kelamaan dapat menerimanya. KentuckyFriedCrueltyDotCom secara rasmi menggunakan nama tersebut pada Disember 2005. Nama tersebut bertahan selama lapan bulan sebelum KentuckyFriedCrueltyDotCom kembali menjadi Christopher selepas beliau menghadapi kesukaran melakukan pendaftaran lesen memandu. (rujukan)

3. Metallica Tomaro

nama anak metallica

Bagi pasangan peminat kumpulan metal Metallica di Sweden, menamakan anak mereka sempena nama kumpulan tersebut merupakan satu impian besar yang hendak dipenuhi. Mendapat anak perempuan, Michael dan Karolina Tomaro mahu mendaftarkan nama anak mereka Metallica Tomaro.

Walaupun begitu, undang-undang di Sweden memerlukan nama warganegara mereka diluluskan terlebih dahulu oleh agensi pendaftaran dan agensi percukaian mereka. Mendapat kelulusan agensi pendaftaran, nama Metallica tidak diluluskan oleh agensi percukaian Sweden kerana dikatakan kurang sesuai.

Selepas hampir 2 minggu berperang mulut yang menimbulkan kontroversi di Sweden, akhirnya pihak kerajaan Sweden membenarkan nama tersebut digunakan dan Metallica Tomaro berjaya didaftarkan secara rasmi. (rujukan)

4. Talula Does The Hula From Hawaii

talula nama sampai anak malu

Pada tahun 2008, media New Zealand melaporkan berkenaan nasib seorang gadis yang tidak bernasib baik diberikan nama aneh Talula Does The Hula From Hawaii oleh ibu bapanya. Ini menyebabkan Talula merasa malu dengan namanya dan hanya meminta kawan-kawannya memanggilnya dengan panggilan 'K' di sekolah.

Benci dengan nama yang diberikan ibu bapanya memaksa pihak mahkamah campur tangan dalam kes tersebut dan memberikan kebenaran khas kepada Talula untuk menukar namanya kepada nama lain, tanpa memerlukan persetujuan ibu bapanya.

Dalam keterangan pihak mahkamah yang dilaporkan berkenaan isu ini, terdedahlah kisah-kisah lain jarang diketahui selama ini, apabila ibu bapa di New Zealand memang gemar meletakkan nama-nama pelik yang merencatkan psikologi anak mereka sendiri. Nama seperti Fish and Chips, Sex Fruit serta Benson and Hedges dikatakan pernah diluluskan untuk pendaftaran di New Zealand. (rujukan)

5. Guilherme Carabagiale Fuck

gui fuki nama pelik

Maaf sekiranya anda tersinggung jika kami tidak menyembunyikan perkataan yang 'kurang elok' dalam nama ini. Bagaimanapun, itulah realitinya bagi Guilherme Carabagiale Fuck atau lebih dikenali dengan nama Gui Fuck (sebutannya Ghee-Foo-Keey), seorang pelajar dan pemain bola keranjang amatur di Kanada.

Guilherme yang berasal daripada Brazil langsung tidak merasa segan dengan namanya kerana percaya ejaan tersebut adalah normal berdasarkan keturunannya yang datang dari Jerman, menjadikan cara sebutan namanya itu berbeza daripada kebiasaan. Kata beliau, Fuck dalam Jerman membawa maksud 'fox' atau musang.

Pada mulanya pasukannya memilih untuk meletakkan nama Carabagiale dijersi beliau namun akan menukar kepada nama keluarga sebenar beliau iaitu Fuck bagi menghormati pandangan Guilherme. Menghadapi kesukaran menggunakan nama sebenar dalam akaun Facebook memaksa Guilherme menggunakan nama 'Guilherme Carabagiale Fuki' sebagai akaun rasmi. Beliau bernasib baik kerana pada pautan Linkedin, Guilherme dibenarkan menggunakan nama asal beliau. (rujukan)




Hakcipta iluminasi.com (2017)