Oleh pada 11 Mar 2017 kategori

Selalu dengar orang cakap, "Anjing / kucing pun pandai sayangkan anak." Ini kami tunjukkan 5 haiwan lain yang sayangkan anak. Lepas ni kalau ada kes buang bayi atau penderaan anak, anda boleh marah mereka sambil cakap "Hoi. Kala jengking pun sayang anak tau!"

#1 Kanggaru

Mungkin inilah haiwan yang paling popular dalam kategori "pengendong bayi." Seperti marsupial lain, anak kanggaru dilahirkan tersangat pramatang dan kecil, bersaiz hanya sebesar buah ceri dan kemudian membesar dalam kantung ibu selama 6 bulan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun anak kanggaru telah keluar dari kantung ibu, sehingga berusia 10 atau 11 bulan, mereka masih akan berlari masuk mencari ibu sekiranya berasa diancam oleh binatang lain.

#2 Katak poison dart

berudu melekat di belakang ibu katak

Walaupun katak ini merupakan katak paling beracun dalam dunia, tapi ia masih menjaga anak-anak dengan penuh kasih sayang. Ada sesetengah spesies katak ini yang akan mengendong anak di belakang untuk dibawa ke kawasan perairan supaya berudu-berudu ini boleh membesar dan menjadi matang.

#3 Serangga Toe-biter

belostomatidae serangga air bawa telur di belakang sehingga menetas

Serangga air raksasa atau nama saintifiknya belostomatidae ini lebih dikenali sebagai toe-biter kerana sesiapa yang terpijak akan mengalami gigitan yang menyakitkan. Walau bagaimanapun, serangga betina akan melekatkan telur di belakang serangga jantan selepas proses mengawan.

Anak-anak serangga akan menetas dengan sempurna dan cukup sifat kerana dilindungi oleh si bapa. Terima kasih ayah!

#4 Buaya Amerika

aligator membawa anak di atas kepala

Apabila telur buaya menetas, ibu buaya akan cepat-cepat menyondol dan memasukkan telur ke dalam mulut. Kalau orang yang pertama kali tengok mesti ingat dia nak makan anak. Tapi sebenarnya ibu buaya memasukkan anak ke dalam mulut untuk dibawa ke kawasan perairan.

Apabila anak menetas, ibu haiwan reptilia ini sering membawa anak di atas kepala, di atas muncung ataupun di dalam mulut.

#5 Kala jengking

kala jengking bawa anak di belakang badan

Apabila kala jengking melahirkan anak (ya, kala jengking beranak tau, bukan bertelur!) sang ibu akan membiarkan kesemua anak yang masih berkulit lembut untuk panjat melalui penyepitnya. Anak-anak ini kemudian akan duduk di belakang ibu sekitar 10-20 hari sehingga exoskeleton mereka menebal dan menjadi kuat.

Tapi apa yang anda perlu tahu, kala jengking mampu melahirkan sehingga 100 anak sekali harung. Macamana dia kendong 100 ekor kat belakang badan? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Sumber gambar : National Geographic




Hakcipta iluminasi.com (2017)