ronaldo luis nazario de lima fat gemuk

The Phenomenon. Itulah gelaran yang diberikan kepada pemain lagenda ini yang satu ketika dahulu merupakan penyerang terbaik atas muka bumi.

Walaupun kini Ronaldo lebih sinonim dengan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo kerana popularitinya, namun impak yang diberikan oleh Ronaldo Luís Nazário de Lima masih diingati sehingga kini.

ronaldo lu s naz rio de lima digelar sebagai the phenomenon

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 5 fakta mengenai Ronaldo yang anda mungkin tak tahu.

1. Bermain untuk Brazil menggunakan nama "Ronaldinho" sehingga 1999

ronaldo menggunakan nama ronaldinho ketika beraksi di piala dunia 1998

Ketika di awal karier profesional Ronaldo, beliau hanya berusia 17 tahun ketika diserapkan dalam skuad utama Brazil yang memenangi Piala Dunia 1994, namun hanya sebagai simpanan. Ketika itu terdapat seorang lagi Ronaldo sebelum kehadiran beliau.

Nama Ronaldo digunakan oleh Ronaldo Guiaro yang merupakan pemain Brazil 2 tahun senior daripada beliau, jadi Ronaldo diberikan nama Ronaldinho yang bermaksud "Little Ronaldo". Beliau menggunakan nama Ronaldinho pada Sukan Olimpik 1996 ketika memenangi pingat perak.

Ronaldo dapat menggunakan nama sebenarnya kembali selepas Ronaldo Guiaro tidak lagi bersama skuad Brazil. Pada tahun 1999, seorang pemain baru diserapkan ke dalam skuad utama dengan nama yang sama, iaitu Ronaldo de Asis Moreira. Sebagai pemain junior, beliau diberikan nama Ronaldinho yang mana kita kenal sekarang.

2. Penerima anugerah Ballon d'Or termuda dalam sejarah

ronaldo lu s naz rio de lima pemenang anugerah ballon d or termuda dalam sejarah

Dengan rekod dunia pada 1996, iaitu sebanyak £19 juta, Ronaldo telah berpindah dari PSV Eindhoven ke Barcelona. Ronaldo hanya bermain untuk satu musim sahaja di Barcelona namun kariernya di kelab itu telah meninggalkan satu memori yang takkan dilupakan.

Hanya berusia 20 tahun, beliau berjaya menjaringkan 47 gol dalam 49 penampilan untuk Barcelona dan membantu kelab gergasi itu menjuari Piala Sepanyol dan Piala UEFA. Dan ketika memasuki usia 21, beliau telah dianugerahkan Pemain Terbaik Dunia oleh FIFA dan anugerah yang paling berprestij dalam dunia bola sepak iaitu Ballon d'Or pada tahun 1997.

Rekod tersebut hampir dipecahkan oleh Michael Owen yang berusia 22 tahun ketika memenangi anugerah sama pada tahun 2001.

3. Mimpi ngeri Alessandro Nesta

ronaldo lu s naz rio de lima dianggap sebagai mimpi ngeri oleh alessandro nesta

Alessandro Nesta boleh dikatakan antara pemain pertahanan paling hebat dalam sejarah bola sepak. Namun, beliau sendiri menggelarkan Ronaldo sebagai mimpi ngeri bagi mana-mana pertahanan. 

Perlawanan akhir Piala UEFA 1998 di antara Inter Milan dan Lazio membuatkat Nesta berubah tanggapan terhadap Ronaldo daripada pemain berkelas dunia, kepada satu fenomena. Perlawanan itu dilihatkan seperti sesuatu yang mudah bagi Ronaldo.

Inter Milan membenam Lazio dengan jaringan 3-0, di mana Ronaldo menjaringkan gol terakhir. Namun perkara yang hangat diperkatakan mengenai perlawanan itu adalah kesan yang Ronaldo berikan kepada Nesta.

Nesta berkata selepas perlawanan itu, "Ia adalah pengalaman paling buruk dalam karier saya. Ronaldo sememangnya tak dapat dihalang,".

4. Mengalami masalah hipotirodisme

berat badan ronaldo naik akibat masalah kesihatan

Pemenang dua kali Piala Dunia ini pernah dikutuk oleh peminat, media, malah pengurus-pengurus pasukan sendiri ketika berat badan beliau mula naik di pengakhiran kariernya. Dan ketika beliau mengumumkan persaraan pada tahun 2011 atas sebab kesihatan, Ronaldo mendedahkan bahawa beliau mengalami hipotiroidisme.

Beliau memberitahu media bahawa mengetahui berkenaan masalah itu 4 tahun sebelumnya dan terpaksa mengambil suntikan hormon bermain yang dilarang oleh lembaga kawalselia untuk kekal , membuatkannya berhasrat untuk bersara.

Sir Alex Ferguson pernah membuat perbandingan yang agak kejam antara Ronaldo dan Cristiano Ronaldo dengan mengatakan, "Jika saya membandingkan Ronaldo dengan yang Ronaldo gemuk dan tua itu, Ronaldo adalah lebih hebat,".

5. Diserang sawan beberapa jam sebelum perlawanan akhir Piala Dunia 1998

kesebelasan utama brazil pada piala dunia 1998

Ketika perlawanan akhir Piala Dunia 1998 di antara Brazil dan Peranis, semua mata fokus kepada pemain terbaik dunia ketika itu, Ronaldo. Namun, agak mengecewakan apabila pentas paling berprestij itu menjadi satu skandal apabila nama beliau tiada dalam kesebelasan utama.

Namun nama Ronaldo ditambah kepada barisan utama yang mana perlawanan itu menjadi medan menuding jari di antara pihak berkuasa, dan misteri mengenai kesihatan Ronaldo masih menjadi misteri sehingga kini.

kekalahan brazil kepada perancis di piala dunia 1998 529

Ronaldo diserang sawan di hotel penginapan mereka selepas makan tengah hari pada hari perlawanan. Badannya bergoncang dengan ganas dan mulutnya berbuih. Beliau dihantarkan ke hospital dan dibenarkan keluar beberapa jam kemudian. Ronaldo lalu memberitahu jurulatih Mario Zagallo bahawa dirinya cukup cergas untuk bermain, namun tidak dibenarkan oleh doktor.

Ramai pakar perubatan terkejut melihatkan pemain terbaik dunia itu diserang sawan hanya beberapa jam sebelum perlawanan. Hasilnya, Brazil mudah ditewaskan Perancis 3-0 membuatkan banyak teori konspirasi timbul.

muka kecewa ronaldo akibat kalah piala dunia 1998 905

Antaranya adalah Nike selaku penaja pasukan itu, dan Persekutuan Bola Sepak Brazil mempunyai perjanjian £105 juta membuatkan mereka seolah-olah mempunyai kuasa dengan menekan pengurus untuk memasukkan nama Brazil dalam kesebelasan utama. Konspirasi lain yang dilaporkan oleh akhbar Brazil, Globo, iaitu sawan itu disebabkan oleh suntikan kortison dengan bius yang diberikan kepada Ronaldo.

Namun teori konspirasi oleh rakyat Malaysia ketika itu adalah Brazil telah dibomoh oleh Perancis. 

Wallahualam.

Rujukan :

1. Dream Team FC




Hakcipta iluminasi.com (2017)