Meme merupakan satu cara menyampaikan sesuatu mesej atau menunjukkan ekspresi di internet. Secara umumnya, sesuatu meme itu mestilah mempunyai mesej yang berunsurkan jenaka. Sekiranya anda pengguna setia laman sosial seperti Facebook, besar kemungkinan anda pernah melihat meme digunakan secara meluas.

Penciptaan sesuatu meme ini biasanya daripada sumber yang pelbagai antaranya video dan imej lain. Walau bagaimanapun, tidak semua individu yang wajah atau imejnya dijadikan meme menerima tempias positif daripada penciptaan meme tersebut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sumber: Medium

Dalam sesetengah kes, individu yang dijadikan meme menerima kesan negatif seperti dibuang kerja dan lebih tragis, ada yang membunuh diri akibat tekanan. Selain itu, terdapat juga pencipta meme yang telah ditangkap kerana meme yang dicipta dianggap keterlaluan.

Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi 5 contoh bagaimana budaya meme di internet telah menghancurkan hidup seseorang. Walaupun meme biasanya digunakan dengan tujuan melawak, ianya mestilah tidak melampaui batas.

1. Iklan pembedahan plastik yang merosakkan kerjaya seorang model

pembedahan plastik 249

Sekiranya anda pengguna internet tegar, anda mungkin pernah melihat gambar di atas melalui laman sosial anda. Model wanita dalam gambar tersebut, Heidi Yeh merupakan seorang model berasal dari Taiwan. Beliau muncul dalam satu iklan pembedahan plastik pada tahun 2012.

Iklan tersebut memaparkannya bersama 3 orang kanak-kanak dan seorang model lelaki yang digambarkan sebaga suaminya. Beliau dan lelaki tersebut memiliki mata dan hidung yang besar, sesuatu yang dianggap lebih menarik bagi orang Taiwan.

Sementara itu, 3 orang kanak-kanak tersebut pula bermata sepet dan iklan tersebut disertai dengan ayat yang berbunyi "Perkara yang perlu anda risaukan pada masa hadapan adalah menerangkan kepada anak-anak anda". Ideanya adalah menampakkan seolah-oleh beliau telah melakukan pembedahan plastik untuk memiliki mata yang lebih besar.

Malangnya, iklan tersebut telah disunting dimana ayatnya telah diubah kepada ayat yang bermaksud "Pembedahan Plastik - Anda tidak dapat menyembunyikannya buat selamanya". Beliau dijadikan bahan jenaka seolah-olah beliau memang benar-benar telah membuat pembedahan plastik sehingga merendahkan reputasinya sebagai seorang model.

Beliau bertindak menyaman agensi pengiklanan tersebut. Sebagai tindak balas, syarikat tersebut telah bertindak menyaman kembali beliau. Akibat daripada gambarnya yang dijadikan meme, reputasinya sebagai seorang model telah rosak teruk.

2. Seorang lelaki dipenjara kerana mencipta meme anjing milik Raja Thailand

meme raja thailand

Dalam undang-undang kerajaan Thailand, Raja dan ahli keluarganya dianggap sangat mulia. Tiada sesiapapun yang dibenarkan menghina institusi diraja Thailand. Mungkin kedengaran pelik, namun larangan ini juga terpakai buat anjing milik Raja Thailand yang dianggap sebahagian daripada ahli keluarga itu.

Rakyat yang melanggar kesalahan menghina Raja dan keluarganya boleh dikenakan hukuman penjara sehingga maksimum 60 tahun. Pada tahun 2015, seorang lelaki Thai bernama Thanakorn Siripaiboon telah ditangkap dan dikenakan hukuman penjara selama 37 tahun kerana berkongsi meme yang dianggap menghina anjing milik Raja Thailand.

3. Wanita membunuh diri apabila rakaman video seksnya dijadikan meme

depresi 822

Pada tahun 2016, seorang wanita berumur 31 tahun bernama Tiziana Cantone telah bertindak membunuh diri setelah satu gambar daripada pita rakaman video seksnya bersama teman lelakin7ya yang tersebar telah dijadikan meme. Video tersebut asalnya dikongsi kepada teman lelaki dan beberapa kawan rapat sebelum ianya tersebar ke laman web lucah.

Satu babak yang secara jelas memaparkan wajahnya telah dijadikan meme dan disertai dengan ayat yang bermaksud "Awak sedang merakam video? Bagus." yang merupakan ayat terawal yang keluar daripada mulutnya pada bahagian awal video tersebut.

Meme tersebut telah tular dan lebih malang lagi, identitinya turut didedahkan. Beliau mengambil keputusan berpindah keluar ke kawasan lain dan menukar namanya. Beliau juga telah menyaman Facebook. Namun, pihak mahkamah telah mengarahkannya membayar €20,000 bagi menanggung kos guaman dan perkara ini telah menyebabkan beliau bertambah depresi sebelum bertindak membunuh diri.

4. Seorang pelukis ditangkap kerana mencipta meme Presiden China

meme xi jinping

Kerajaan China sangat menjaga imej dan reputasi Presiden mereka dan tidak sama sekali akan bertolak ansur dengan individu yang menghina Presiden mereka. Pada tahun 2015, seorang individu bernama Dai Jianyong telah ditangkap kerana meme yang dihasilkannya mengaitkan Presiden Xi Jinping dengan bentuk dubur.

Beliau ditangkap atas kesalahan mewujudakan ketidakselesaan bagi pengguna atas talian dan dikenakan hukuman penjara 5 tahun. Meme yang dihasilkannya menggambarkan Presiden China itu sedang menutup rapat matanya. Beliau menggelarnya "muka chrysanthemum". Di China, perkataan “chrysanthemum" merupakan slang yang merujuk kepada dubur.

Selain itu, gambar Presiden yang dihasilkannya turut ditambah misah. Sesetengah pihak menganggapnya cubaan untuk menyamakan Presiden China itu dengan Hitler.

5. Ditangkap kerana menghantar meme yang berbaur ugutan keselamatan         

meme ugutan

Pada 1999, dua orang remaja yang masing-masing berumur 17 dan 18 tahun telah melakukan tembakan di Columbine High School yang terletak di Colorado, Amerika Syarikat. Dalam kejadian itu, 13 orang terkorban sementara 20 lain tercedera. Pembunuh kemudian telah membunuh diri.

Pada 2018, seorang remaja 18 tahun bernama Jeffrey Nash telah ditangkap kerana telah bertindak menghantar satu meme kontroversi kepada para pelajar di Muscle Shoals Career Academy, Alabama. Meme tersebut memaparkan 2 orang individu bersenjata dengan ayat "Penembak di sekolah Columbine sedang dalam perjalanan" yang merujuk kepada kejadian pada tahun 2017.

Pegawai sekolah telah dimaklumkan mengenai meme tersebut dan sekolah tersebut telah diarahkan tutup serta-merta. Remaja tersebut cuba menyembunyikan diri malangnya telah dapat dikesan melalui alamat IP internetnya dan ditangkap atas kesalahan membuat ugutan

Kredit:

  1. BBC News
  2. The Telegraph
  3. Artnet News



Hakcipta iluminasi.com (2017)