McDonald's merupakan sebuah jenama rangkaian makanan segera yang popular di peringkat global dan telah membuka banyak cawangan di Malaysia. Kemudahan "drive-thru" yang diperkenalkan cukup digemari rakyat Malaysia kerana mereka tidak perlu penat beratur panjang. 

Di Malaysia, cawangan-cawangan McDonald's yang ada di negara ini boleh dikatakan konsepnya sama sahaja di mana-mana. Pernahkah anda tertanya-tanya, dimanakah lokasi cawangan McDonald's paling besar di dunia? Mari lihat senarai 5 cawangan restoran McDonald's paling besar di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Lebih menarik, sesetengah daripadanya mempunyai konsep yang unik dan tidak sama dengan mana-mana cawangan lain. Malah, ada juga yang mempunyai menu khas yang tidak didapati dimana-mana cawangan restoran McDonald's yang lain!

5. Melville Store McDonald’s

mcdonald s terbesar australia

McDonald's terbesar di Australia dan salah satu yang terbesar di dunia, Melville Store McDonald's memberikan nafas baru pada pada hidangan burger McDonald's. Cawangan McDonald's ini memberikan kelainan pada pelanggan mereka dengan memberikan mereka pengalaman seperti makan di restoran mewah.

Hiasan dalamannya juga elegen dan menggunakan perkhidmatan pengambilan tempahan makanan oleh pelayan di meja makan. Hidangan makanan juga dihidangkan dalam bekas makanan yang boleh diguna semula, tidak seperti di McDonald's biasa yang menggunakan kertas pakai buang.

Di sini, tarikan utamanya adalah "Burger Bar" dimana pelanggan boleh memilih untuk membuat burger istimewa mengikut cita rasa mereka sendiri. Dibuka pada tahun 2015, restoran ini boleh memuatkan 150 orang pelanggan pada satu-satu masa. Keluasannya adalah 6,888 kaki persegi dan terletak di Perth, Australia. 

4. “The Rock” McDonald’s

the rock mcdonald s

Rock N Roll McDonald's dibuka semula pada tahun 2005 selepas bangunan asal dirobohkan yang menampilkan pameran rock and roll dan muzium kecil bersama dengan restoran itu sendiri. Kedai makanan segera yang besar ini juga menampilkan lorong drive-thru dua lorong pertama untuk menampung pelanggannya yang ramai.

Reka bentuk semula baru-baru ini pada tahun 2017 telah menghapuskan unsur-unsur tema rock and roll asal secara berperingkat, tetapi penduduk tempatan masih menggelarkan McDonald's ini sebagai "The Rock". Dengan keluasan sekitar 19,000 kaki persegi, ianya boleh memuatkan sehingga 300 orang pelanggan pada satu-satu masa. 

McDonald's disini telah menukar gaya rock and rollnya yang dahulu untuk tema "hijau", merintis jalannya ke dunia makanan segera mesra alam. Ia membuka jalan kepada masa depan yang lebih hijau dengan lebih 1,000 panel solar di atas bumbung bangunan, pelbagai pokok yang cantik dan taman-taman besar yang menghasilkan sayur-sayuran seperti arugula dan brokoli.

3. McDonald's di Florida

epic mcd mcdonald s 745

Berada di tangga ketiga dalam senarai ini adalah cawangan McDonald's yang terbesar di Amerika Syarikat yang turut memegang gelaran “McDonald Hiburan Terbesar di Dunia”. Cawangan ini dibuka pada tahu 1976 namun dibuka semula pada tahun 2016 di sebuah bangunan baru. Secara umumnya cawangan ini dikenali sebagai "Epic McD".

Pusat hiburan McDonald's yang besar ini menawarkan pelbagai kelainan seperti struktur permainan setinggi 22 kaki dan arked 2000 kaki persegi. Terdapat juga pilihan “Create Your Taste” yang membolehkan pelanggan memesan burger dan sandwic buatan sendiri dengan topping pilihan mereka.

Cawangan yang terletak di Orlando, Florida ini juga secara umumnya dikenali sebagai "Epic McD". Dengan keluasan 19,000 kaki persegi, ianya boleh memuuatkan sehingga 350 orang pelanggan pada satu-satu masa.

2. McDonald's di Moscow

mcdonald s moscow 561

Apabila McDonald's yang besar ini dibuka di Pushkin Square di Moscow, 5 ribu orang sanggup beratur panjang untuk menghadiri majlis pembukaannya. Ramai orang sanggup menunggu dalam barisan selama enam jam atau lebih untuk buat pertama kalinya merasa makanan segera dari Amerika.

Pembukaan besar-besaran ini mencatatkan jumlah pelanggan yang luar biasanya apabila pada hari pembukaannya sahaja, restoran ini berjaya memberi perkhidmatan kepada lebih 30,000 pengunjung pada hari itu seterusnya mencipta rekod dunia ketika cawangan ini dibuka pada tahu 1990.

Walaupun masih sangat popular, restoran McDonald's telah mengalami ketidakstabilan di banyak kawasan di Rusia selepas sejak kebelakangan ini rakyat Russia digalakkan untuk memboikot makanan barat. Dengan keluasan 28,000 kaki persegi, cawangan ini mampu menampung 900 orang pelanggan pada satu-satu masa.

1. McDonald's di Lapangan Terbang Frankfurt

mcdonald s frankfurt

McDonald's di Frankfurt, Jerman adalah McDonald's terbesar di dunia. Lapangan terbang yang sibuk di Frankfurt, Jerman adalah rumah kepada McDonald's terbesar di negara ini. Ia telah diubah suai pada tahun 2015, mengambil pendekatan yang lebih moden untuk mengekalkan standardnya sebagai mercu tanda kemajuan budaya.

McDonald's Lapangan Terbang Frankfurt seperti banyak McDonald's lain di Jerman, menawarkan perkhidmatan makan di restoran tersebut untuk meningkatkan kualiti pengalaman pelanggan. Persekitaran yang mesra di McDonald's Frankfurt juga termasuk kawasan permainan di mana kanak-kanak boleh berseronok selepas makan.

Dengan keluasan 43,055 kaki persegi, McDonald's ini boleh memuatkan sehingga 650 orang pelanggan pada satu masa. Terletak di dalam lapangan terbang, ianya menjadi pilihan utama bagi penumpang kapal terbang sebelum atau selepas perjalanan yang panjang.

Kredit:

  1. Reuters
  2. Business Insider
  3. The West Australian
  4. CBS Chicago



Hakcipta iluminasi.com (2017)