Dalam masa 15 tahun, restoran makanan segera di Malaysia tumbuh bagai cendawan seleas hujan. McDonald, KFC, Pizza Hut, Domino's, Marry Brown, Texas Chicken dan banyak lagi. Dan restoran-restoran ini menjadi tumpuan setiap pelusuk masyarakat dan tak mengira usia. Bukan itu sahaja, malah ada yang beroperasi 24 jam. Untuk menolak tarikan restoran makanan segera ini adalah sesuatu yang sangat sukar bagi kita kerana ia seolah-seolah telah tertanam di dalam masyarakat kita.
Dan anda mesti tertanya-tanya mengapa ia sangat sukar? Kerana restoran-restoran ini menggunakan taktik psikologi dalam semua aspek untuk membuatkan anda tertarik setiap kali terpandang atau teringatkan mereka.
BESARKAN TEKS A- A+
Iluminasi.com ingin berkongsi 12 taktik yang digunakan oleh restoran makanan segera ini untuk menarik lebih ramai pelanggan masuk ke dalam restoran mereka dan menjual sebanyak yang mungkin.
1. Setiap makanan mempunyai rasa yang lebih kurang sama
Restoran-restoran ini tahu bagaimana rasa yang orang ramai paling suka, sebab itu hampir kesemua makanan mereka mempunyai rasa asas yang sama. Dengan cara ini, mereka boleh memuaskan setiap kehendak selera pelanggan.
2. Burger di masak dalam sekelip mata
Seperti di McDonald, daging burger disediakan hanya dalam tempoh 30 saat, kerana ia telah disediakan terlebih dahulu, tinggal hanya perlu dimasak sahaja.
3. Makanan direka untuk dimakan dengan cepat
Jika anda makan di restoran, biasanya anda akan mengunyah purata 12 kali, tetapi jika anda makan di luar, anda akan mengunyah sebangay 15 kali. Semakin rendah jumlah kunyahan, semakin kurang kepuasan, jadi kita akan makan lebih banyak.
4. Warna yang digunakan bertujuan untuk menambah nafsu makan anda
Warna merah dan kuning digunakan oleh restoran-restoran ini bersebab. Apabila digabungkan dengan sempurna, secara tidak sedar, ia membuatkan anda rasa hendak singgah dan makan. Ia biasanya digelar sebagai "ketchup & mustard theory"
5. Tujuan utama adalah untuk menjual dengan banyak
Pakar telah menemui bahawa ia sangat sukar untuk menolak sesuatu yang ditawarkan kepada anda. 85% daripada orang memesan lebih daripada apa yang mereka mahukan apabila pekerja restoran ini mencadangkan supaya mereka menambah pesanan.
6. Minuman bersaiz sederhana sebenarnya adalah bersaiz besar.
Cara mudah untuk menjual minuman dalam kuantiti yang banyak adalah dengan menambahkan saiz minum tersebut. Biasanya pelanggan akan memilih minuman bersaiz sederhana, tapi disebabkan hal ini, minuman bersaiz sederhana sebenarnya adalah bersaiz besar. Dan juga, jika anda tidak memberitahu saiz yang anda mahukan, anda biasanya akan diberikan saiz yang paling besar.
7. Daging dipanggang hanyalah ilusi
Burger di restoran ini biasanya disediakan terlebih dahulu di kilang-kilang besar dan dibekukan. Mereka akan menambah perasa tambahan supaya ia rasa seperti daging yang dipanggang.
8. Salad bukan lah selalunya pilihan yang sihat
Banyak restoran-restoran ini menawarkan salad sebagai pilihan yang sihat. Namun disebabkan oleh penambah rasa yang selalu digunakan, makanan ini boleh bertukar menjadi makanan yang mempunyai kalori yang paling tinggi. Apa yang dimasukkan ke dalam sos salad, masih menjadi tanda tanya kepada pekerja-pekerja.
9. Kopi yang disediakan tidak merangsang anda
Sesetengah restoran menyediakan cawan styrofoam berbanding cawan kertas bagi kopi mereka. Ia mempunyai bahan kimia, yang apabila di campur dengan suhu panas, boleh memberikan impak kepada sistem saraf, yang akan menyebabkan kemurungan dan mengurangkan konsentrasi.
10. Telur bukanlah 100% telur asli
Telur yang kadang-kadang digunakan sebagai bahan untuk sarapan di restoran makanan segera ini mengandungi kedua-dua telur asli dan "campuran telur premium" iaitu campuran glycerine, dimethylpolysiloxane (sejenis silikon), dan penambah rasa E552. Lebih baik masak telur di rumah.
11. Rasa coca-cola yang sama
Sesetenah orang merasakan bahawa air berkarbonat di McDonald seolah-olah lebih sedap daripada yang dijual di kedai. Tapi sebenarnya ia adalah sama, tapi mereka biasanya mencampurkan pemekat dan air bersama-sama ketika dipesan sebelum menghidangkan, yang membuatkan ia berasa lebih "segar"
12. Jangan menangguh untuk makan makanan yang sudah dibeli
Kebanyakkan hidangan direka untuk dimakan dalam masa yang singkat selepas penyediaan. Kentang goreng sebagai contoh, hanya akan bertahan kesegarannya untuk tempoh 5 minit, dan selepas itu ia akan hilang rasa sedapnya. Dan apabila anda sampai di rumah, burger anda juga sudah rasa tidak sesegar semasa dibeli.
Diterjemah dari : Bright Side