Kredit foto: Instagram Muzik Muzik 32

Akhirnya 12 lagu daripada 30 diumumkan layak bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang akan berlangsung pada Februari 2018.

Keputusan tersebut diumumkan di hujung minggu ketiga peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ke-32 (SFMM32) yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, malam tadi.

12 lagu itu ialah Sejati (Faizal Tahir & Caliph Busker), Tergantung Sepi (Haqiem Rusli), Jampi (Hael Husaini), Separuh Mati Ku Bercinta (Dayang Nurfaizah), Amboi (Altimet) dan Lebih Sempurna (Syamel).

Tidak ketinggalan, Aku Yang Sebenarnya (Hazama dan Penglipurlara), Akhirnya Cinta (Salma), Menahan Rindu (Wany Hasrita), Aku Cinta (Syamel dan Ernie Zakri), Bayang (Khai Bahar) dan Warkah Untuk Mu (Ara Johari).

Rata-rata pencalonan dilihat di kalangan pendatang baru dalam industri.

SFMM32 turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi jemputan, iaitu 6ixth Sense, Bunkface dan Tam Spider.

Dikemudi oleh hos Sherry Alhadad dan Hefny Sahad, peringkat separuh akhir program ini yang bersiaran selama tiga minggu bermula 29 Oktober lalu, diadili sepenuhnya oleh juri profesional.

Mereka terdiri daripada AG (Coco), Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY, Pak Ngah dan Datuk Mokhzani Ismail sebagai ketua juri.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)