Laporan Daya Saing Global yang menunjukkan keadaan ekonomi dunia dikeluarkan setiap tahun oleh Forum Ekonomi Dunia. 12 jenis aspek digunakan dan disusun dalam menghasilkan laporan ekonomi hampir kesemua negara di atas muka bumi ini.
Antara aspek yang dilihat termasuklah persekitaran makro-ekonomi, infrastruktur, kesihatan dan pendidikan rendah serta kecekapan pasaran buruh. Maklumat mengenai sistem pendidikan yang dihasilkan oleh laporan ini menunjukkan negara mana mempunyai tahap pendidikan terbaik di dunia.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com ingin berkongsi 11 negara dengan sistem pendidikan terbaik di dunia.
Nota : Beberapa negara berkongsi kedudukan kerana jumlah mata yang sama, dan mata penuh bagi penilaian ini adalah 7.0.
9. Jepun
Nilai : 5.6
Jepun adalah antara negara yang mempunyai prestasi sangat baik dari segi literasi, sains dan matematik dalam kumpulan OECD. Bagi pelajar di Jepun, mereka melalui 6 tahun di sekolah rendah. Pelajar kemudiannya melalui 3 tahun di sekolah menengah tahap rendah, dan 3 tahun di tahap atas sebelum masuk ke universiti.
Di Jepun, sekolah menengah bukanlah satu kewajipan, namun 98% daripada pendaftaran pelajar hampir 98%. Jepun berada di tangga ke 9 bersama-sama Barbados dan New Zealand dengan mata 5.6.
9. Barbados
Nilai : 5.6
Juga dengan mata 5.6, Barbados adalah antara negara paling bagus dari segi pedidikan. Tahap celik huruf di Barbados adalah 98%, antara yang paling tinggi di dunia. Ia merupakan hasil daripada pelaburan yang sangat besar oleh kerajaan Barbados.
Sekolah rendah bermula dari umur 4 hingga 11 tahun, manakala sekolah menengah pula bermula dari umur 11 hingga 18. Kebanyakan sekolah di kedua-dua tahap ini dimiliki dan dikendalikan oleh kerajaan.
9. New Zealand
Nilai : 5.6
Sekolah di New Zealand bermula dari usia 5 hingga 19 tahun di tahap rendah dan menengah. Ia adalah wajib bagi mereka yang berusia 6 hingga 16 tahun. Terdapat 3 jenis sekolah menengah di New Zealand :
- Sekolah negeri - 85% daripada pelajar New Zealand
- Sekolah bersepadu negeri - sekolah swasta yang bersepadu dengan sekolah negeri, namun mengekalkan piagam istimewa mereka
- Sekolah swasta - 3% daripada pelajar New Zealand
8. Estonia
Nilai : 5.7
Negara Eropah Utara ini berada tangga ke-8 dengan 5.7 mata. Menurut angkat pada tahun 2015, Estonia telah membelanjakan 4% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar nya iaitu sebanyak RM3.77 billion untuk sistem pendidikan.
Matlamat pendidikan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1992 Estonia adalah untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pembangunan peribadi, keluarga dan negara. Ia juga untuk mengalakkan pembangunan etnik minoriti, ekonomi, politik dan budaya di Estonia.
Sasaran lain adalah untuk memelihara alam sekitar dalam ekonomi global dan konteks budaya, menerapkan nilai kewarganegaraan, serta menetapkan syarat dalam menghasilkan tradisi pembelajaran sepanjang hayat di seluruh negara.
6. Ireland
Nilai : 5.8
Di Ireland, kebanyakan sekolah menengah dimiliki dan dikendalikan oleh pihak swasta, namun menerima dana dari kerajaan. Sekolah kerajaan dan vokasional masih tetap wujud. Kedudukan Ireland dalam senarai ini agak tergugat berikutan laporan mengenai dana yang digunakan dalam sistem pendidikan kurang sebanyak 15% daripada negara maju akibat krisis kewangan di antara tahun 2008 hingga 2013.
Sistem pendidikan Ireland mungkin dalam bahaya pada masa depan.
6. Qatar
Nilai : 5.8
Negara dengan Keluaran Dalam Negara Kasar paling tingg di dunia ini berada di tangga ke-6 bersama Ireland dengan 5.8 mata. Menurut laporan BBC, negara kaya dengan minyak ini telah menjadi antara kuasa besar dari segi inovasi pendidikan yang menyokong projek dari peringkat asas sehinggalah kajian di universiti.
Qatar membelanjakan wang yang sangat banyak dalam usaha meningkatkan taraf pendidikan. Ia merupakan sebahagian daripada program Visi 2030 untuk menjadi negara berdikari. Sekolah yang dibiayai oleh kerajaan menawarkan pendidikan percuma, hanya kepada rakyat Qatar. Kebanyakan pekerja asing cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta.
5. Netherlands
Nilai : 5.9
Menurut kajian Unicef pada tahun 2013, kanak-kanak di Belanda adalah yang paling gembira di dunia. Ia menunjukkan Belanda menerajui secara global dalam kesejahteraan pendidikan. Sekolah di Belanda tidak memberikan kerja rumah yang banyak kepada pelajar sekolah rendah, hanya kepada pelajar sekolah menengah.
Ia mengurangkan rasa tekanan dan tertekan terhadap pelajar. Sekolah dibahagikan kepada sekolah agama dan sekolah neutral negeri, dan jumlah sekolah swasta yang sedikit.
4. Singapura
Nilai : 6.1
Ia merupakan sesuatu yang tidak menghairankan bagi Singapura untuk berada dalam senarai negara dengan sistem pendidikan terbaik di dunia. Dengan 6.1 mata, Singapura berada di tangga ke-4 dunia, dan pertama di Asia.
Singapura mencatatkan markah yang sangat tinggi dalam ujian Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) di mana ujian ini bertujuan untuk mengukur dan membandingkan prestasi pelajar-pelajar di seluruh dunia.
Namun, bukan mudah untuk menjadi antara negara paling hebat dalam sistem pendidikan, di mana pelajar-pelajar di Singapura dikatakan sedikit tertekan dalam usia yang muda,
2. Belgium
Nilai : 6.2
Mengungguli carta negara dengan sistem pendidikan ke-2 terbaik di dunia adalah Belgium berkongsi kedudukan dengan Switzerland dengan 6.2 mata. Belgium mempunyai 4 kategori sekolah menengah yang berlainan iaitu sekolah menengah biasa, sekolah mengenah teknikal, sekolah mengenah pendidikan vokasional dan institusi pendidikan mengenah seni.
Suruhanjaya Fulbright dari Amerika Syarikat yang menganjurkan program pertukaran pelajar dengan Belgium dan Luxembourg berkata, "Pendidikan menjadi keutamaan yang sangat tinggi dan ia mendapat peruntukan belanjawan tahunan terbesar oleh kerajaan Belgium. Sistem pendidikan awam dan swasta boleh dinikmati oleh semua rakyat Belgium dari usia 4 hingga 18 tahun, dengan kos yang sangat rendah, ataupun percuma.
2. Switzerland
Nilai : 6.2
Pembelajaran diajar menggunakan pelbagai bahasa bergantung kepada bahagian di Switzerland. Antara bahasa utama yang digunakan termasuklah Jerman, Perancis dan Itali. Hanya 5% daripada pelajar masuk ke sekolah swasta di Switzerland.
Apa yang menarik dan boleh diambil contoh dari sistem pendidikan Switzerland adalah mereka mengasingkan pelajar-pelajar mengikut kebolehan bermula dari sekolah menengah.
1. Finland
Nilai : 6.7
Ia menjadi rutin bagi Finland untuk menggungguli carta sistem pendidikan global. Finland sangat terkenal dengan sistem pendidikan yang tidak mengelaskan para pelajar mengikut tahap kepintaran. Semua pelajar dimasukkan ke kelas yang sama tanpa mengikut keupayaan.
Sistem ini telah memberikan hasil yang sangat memberangsangkan iaitu jurang di antara pelajar lemah dan pelajar pintar, adalah yang paling rendah di dunia. Selain itu, para pelajar di Finland tidak terlalu terbeban kerana kerja rumah yang diberikan adalah sangat sedikit.
Hanya 1 peperiksaan wajib perlu diduduki oleh pelajar Finland iaitu ketika berusia 16 tahun.
23. Malaysia
Nilai : 5.1
Malaysia pula berada di tangga ke-23 daripada 138 negara yang dikaji dalam oleh forum ini di bawah Jermany, Albania, Slovenia dengan pungutan 5.1 mata. Dengan mata dalam masa beberapa tahun ini sistem pendidikan kita mengalami perubahan yang agak ketara di mana sistem PMR ditukarkan kepada sistem PT3 yang dikatakan semakin mencabar.
Manakala sistem peperiksaan UPSR diubah di mana pelajar tahun 6 harus menduduki 6 peperiksaan, berbanding 5 pada tahun-tahun terdahulu.
Sejauh manakah keberkesanan perubahan-perubahan ini? Wallahualam.
Rujukan:
3. Independent