Pernahkah anda bayangkan bagaimanakah keadaannya bagi mereka yang tinggal di White House? Bagi keluarga Presiden Amerika, mereka rasakan seperti tinggal di tempat campuran antara kubu, resort dan muzium.
Bagi kebanyakan orang, tinggal di White House mungkin seperti sebuah mimpi indah. Namun, menurut mereka yang pernah tinggal di situ, terdapat beberapa cerita menarik dan pelik untuk dikongsikan bersama.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Tiada pintu masuk atau pintu keluar peribadi
Adakah anda tahu bahawa tiada pintu masuk atau keluar persendirian untuk Keluarga Pertama di White House? Ia adalah salah satu kelemahan jika tinggal di sebuah gabungan kubu dan muzium.
Bagi kakitangan dan pelancong, mereka juga berkongsi laluan yang sama dan mempunyai akses ke Bilik Diplomatik serta berdekatan dengan tempat tinggal keluarga presiden. Semasa waktu operasinya, Keluarga Pertama terpaksa membongkok di belakang skrin coklat untuk mengelak alat pengesan tetamu yang keluar masuk.
2. Bangunan West Wing dipenuhi dengan lipas dan tikus
Pada tahun 2017, pegawai-pegawai yang bertugas di White House dilaporkan menghantar banyak permintaan untuk pembaikan dan peralatan baru. Bukan itu sahaja, malah permintaan untuk menghantar pengawal makhluk perosak juga kerap dilakukan.
Ini kerana West Wing dipenuhi dengan tikus dan lipas. Bahkan, tikus-tikus itu juga dikatakan mempunyai laluan dan berjaya masuk ke Situation Room dan dewan Angkatan Tentera Laut di White House.
3. Kesan haiwan peliharaan tidak selalunya dibersihkan dengan segera
Anda mungkin fikir pekerja kebersihan akan cepat mencuci kesan haiwan peliharaan yang berada di permaidani White House. Namun, bukan itulah yang sebenarnya berlaku.
Penulis biografi keluarga Obama menyatakan, kesan bekas najis kucing peliharaan keluarga Bush masih lagi ada di atas permaidani ketika keluarga Obama berpindah masuk ke White House.
4. Kos makanan dan keperluan dibilkan kepada presiden setiap bulan
Tiada apa yang percuma di White House termasuklah sarapan, makan tengahari atau makan malam untuk Keluarga Pertama. Semua presiden yang pernah tinggal di situ perlu membayar sendiri, termasuklah pengeringan baju, ubat gigi dan pelbagai keperluan lain lagi.
Semua kos yang digunakan oleh Keluarga Pertama ini akan dibilkan kepada presiden setiap hujung bulan. Pernah sekali isteri kepada Presiden Reagan iaitu Nancy Reagan terkejut dengan perkara ini dan menyatakan tiada siapa yang memberitahunya mengenai perkara ini.
Namun, Keluarga Pertama mungkin tidak berasa begitu bimbang kerana pada hakikatnya, pembayar cukailah yang menanggung semua kos itu.
5. Sambungan Wi-Fi di White House teruk
Sekiranya anda rasa Wi-Fi di rumah atau pejabat anda teruk, Keluarga Pertama Amerika juga turut merasakan perkara yang sama. Keluarga Obama pernah memberitahu CBS bahawa banyak kawasan di dalam White House tidak mendapat sambungan Wi-Fi dan anak-anak Obama adalah yang paling kecewa.
Tidak lama selepas wawancara CBS itu dilakukan, beberapa kawasan termasuk Roosevelt Room menampakkan peningkatan dalam sambungan Wi-Fi dan para petugas di White House sudah boleh menyiarkan acara langsung di Facebook Live.
6. Terdapat pejabat doktor gigi di tingkat bawah tanah
Keluarga Pertama Amerika tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan rawatan gigi kerana terdapat pejabat doktor gigi di ruangan bawah tanah White House dan juga di tempat percutian presiden iaitu Camp David.
Selain pejabat doktor gigi, ruangan bawah tanah itu juga menempatkan beberapa kedai lain termasuk kedai menjual bunga, coklat dan juga alat pertukangan.
7. Madu untuk presiden dihasilkan sendiri di White House
Sekiranya Keluarga Pertama ingin makan madu lebah, ia tersedia pada bila-bila masa sahaja kerana terdapat madu yang dihasilkan di tempat itu. Lebih kurang 35,000 ekor lebah hidup di laman White House dan dijaga oleh penjaga lebah rasmi.
Sarang lebah itu telah dibina pada tahun 2009 dan merupakan yang pertama dibina seumpama itu. Ia terletak berdekatan taman sayur-sayuran Wanita Pertama.
8. Anak-anak presiden boleh mengadakan "Prom" mereka sendiri di White House
White House diketahui mempunyai dengan dewan yang cukup untuk memuatkan ramai orang. Anak perempuan kepada Presiden Ford iaitu Susan Ford pernah mengadakan prom di White House pada tahun 1975.
Remaja berusia 17 tahun bersama rakan-rakan kelasnya daripada Sekolah Holton-Arms itu menggunakan East Room untuk mengadakan prom sehingga jam 1 pagi. Apa yang menariknya seluruh kelas itu membayar sendiri prom mereka dengan melakukan jualan di pesta sekolah mereka.
9. Keluarga Pertama tidak boleh membuka sebarang tingkap di White House
Ia adalah masuk akal jika diambil dikira dari sudut keselamatan Keluarga Pertama yang menetap di White House. Namun, ia agak mengecewakan bagi mereka yang tinggal di situ apabila tidak dapat membuka jendela di rumah sendiri untuk merasakan angin segar.
Salah satu perkara yang dilakukan oleh Michelle Obama sebelum dia meninggalkan White House setelah terma presiden suaminya tamat ialah membuka jendela di situ.
10. Keluarga Pertama menonton filem baru sebelum ditayangkan kepada umum
Pihak penerbit Hollywood sering menghantar filem terbaru mereka untuk ditayangkan di Panggung Keluarga White House sebelum ianya ditayangkan untuk tontonan umum lagi. Panggung itu dibina pada tahun 1942 dan boleh memuatkan sehingga 40 orang.
Presiden Obama pernah menyaksikan Super Bowl 206 di dalam panggung itu manakala George W. Bush pula pernah menikmati filem trilogi Austin Powers dan beberapa filem lain di dalamnya.