Walaupun perkara ini kedengaran pelik sekarang, namun hal ini merupakan perkara biasa yang dilakukan oleh para bangsawan di Eropah terutamanya pada Zaman Pertengahan. Amalan ini bermula semasa zaman Perang Salib apabila pegawai berpangkat tinggi cenderung untuk mati di tempat yang mereka anggap "tidak suci" dan bukanlah tempat yang mereka inginkan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jadi, untuk membawa balik mayat mereka ke tanah air adalah sesuatu yang mustahil dilakukan kerana ia akan berbau busuk. Jadi mereka akan mengeluarkan segala daging dan hanya membawa balik organ dalaman dan kadangkala rangka.

Pada abad ke-17, pengebumian jantung ini menjadi kurang praktikal tetapi lebih kepada simbolik sahaja. Ia hanya dilakukan sebagai praktik keagamaan dan juga oleh individu yang benar-benar terkenal seperti Raja dan Permaisuri yang meminta agar jantung mereka dikuburkan di tempat pilihan mereka sebelum mati.

Berikut adalah beberapa orang terkenal yang jantungnya dikuburkan berasingan dengan mayatnya.

1. Richard I

richard i of england

Richard I, a.k.a. "Richard the Lion-Heart," telah memerintah sebagai Raja England pada 1189-1199 tetapi menghabiskan banyak waktunya berperang di luar dan mempunyai reputasi hebat tentang kemahiran perangnya.

Dia mati setelah terkena panahan busur semasa berperang di Chalus, Perancis. Mayatnya dikuburkan di Fontevraud Abbey, manakala jantungnya pula telah ditanam di Cathedral of Notre Dame di Rouen, Perancis.

Jantung itu telah ditemui semula semasa pengalian pada tahun 1830. Pada 2012, para saintis telah mengkajinya dan mendapati ia telah hancur menjadi serbuk perang coklat. Dari kajian mereka mendapati Richard I berkemungkinan besar mati akibat racun yang diletakkan pada mata anak panah.

2. Robert the Bruce

robert the bruce

Robert the Bruce merupakan Raja Scotland pada 1306-1329 dan telah meminta agar jantungnya dikebumikan di Jerusalem. Namun, ia tidak berjaya sampai di sana apabila kesatria yang diamanahkan untuk membawanya itu Sir James Douglas terbunuh.

Sir James Douglas terbunuh dalam pertempuran dengan kaum Moors ketika itu membawa jantung Robert di dalam bekas perak yang digantungkan pada lehernya. Kesatria lain telah menemui bekas itu dan membawanya balik ke Biara Melrose di Scotland untuk ditanam.

Ahli arkeologi percaya mereka telah menyemui jantung itu pada tahun 1920 dan meletakkan menggantikan bekas perak itu dengan bekas yang lebih moden sebelum menanamnya semula. Pada tahun 1996, ianya digali semula dan telah dipindahkan di kawasan laman biara itu.

3. St. Laurence O'Toole

st laurent o toole

St. Laurence O'Toole adalah acrhbishop kedua di Dublin, Ireland dan merupakan seorang Saint bandar itu. Beliau meninggal dunia pada tahun 1180 di Perancis.

Jantungnya dihantar pulang ke Gereja Katedral di Dublin dan ditempatkan dalam sebuah kotak kayu berbentuk hati di dalam sebuah sangkar besi sehingga tahun 2012 sebelum ianya dicuri.

Dekan Gereja Katedral berpendapat kotak itu mungkin dicuri oleh mereka yang fanatik agama kerana ia tidak mempunyai nilai harga dan beberapa objek lain yang mengandungi emas dan perak diabaikan. Pencuri itu juga telah menyalakan lilin pada salah satu altar sebelum melarikan diri.

4. Ahli Putera-Bishop Würzburg 

prince bishop of wurzburg

Putera-Bishop Würzburg (kini Jerman), mengamalkan 3 bahagian pengebumian. Mayat mereka biasanya dihantar ke Katedral Würzburg, usus mereka ke gereja istana di Marienberg dan jantung mereka disimpan dalam balang kaca di Biara Ebrach.

Amalan ini adalah biasa pada abad ke-15 dan mungkin dilakukan sejak abad ke-12 lagi. Pengebumian mereka di Istana Marienberg mungkin merupakan salah satu pekerjaan terburuk dalam sejarah. Seorang hamba dikehendaki memegang kepala mayat secara menegak ketika pengebumian manakala tubuhnya akan ditancapkan pada sebatang tiang.

Pengebumian berlangsung selama beberapa hari dan dihadiri oleh lebih daripada 80 orang Putera-Bishop. Salah seorang ahli kardiologi Jerman mendakwa bahawa terdapat lebih 30 jantung yang disemadikan di biara itu.

5. Anne Boleyn

anne boleyn

Menurut legenda, selepas kepala Anne Boleyn dipenggal pada tahun 1536, jantungnya telah dikeluarkan dari tubuhnya dan dibawa ke sebuah gereja kawasan luar bandar di Erwarton, Suffolk di mana ratu itu telah manghabiskan waktu mudanya di situ.

Pada tahun 1837, penggalian telah dilakukan di gereja itu telah menemui satu kotak seakan keranda kecil yang berbentuk hati di dalam dinding. Apa yang ada di dalamnya hanyalah debu yang banyak (tidak dapat dipastikan samada itu adalah jantungnya yang telah mereput atau abu mayatnya). 

Keranda itu telah dibina semula di bawah organ dalam gereja itu dan satu papan tanda diletakkan pada tempat keranda kecil itu ditemui.

6. Kebanyakan Pope

pope ketua paderi di rome

Sebanyak 22 jantung dari pelbagai Paus atau Pope telah disimpan dalam bekas marmar di Santi Vincenzo e Anastasio a Trevi di Rom. Ia mengandungi hati yang diambil sejak dari Pope Sixtus V pada tahun 1583 sehinggalah pada Pope Leo XIII pada 1903.

Secara tradisinya, jantung pope akan dikeluarkan daripada organ badan yang lain sebagai salah satu proses pemeliharaan postmortem dan disimpan sebagai peninggalan agama sekiranya pope itu menjadi seorang kudus atau Saint.

7. Frédéric Chopin

frederic chopin

Seorang komposer era romantik iaitu Frédéric Chopin meninggal dunia di Paris pada tahun 1849 dan mayatnya telah dikebumikan Pere Lachaise di bandar itu.

Sebelum dia meninggal dunia, dia telah meminta agar jantungnya dikebumikan di negara asalnya iaitu Poland. Adik perempuannya telah membawa jantung Chopin pulang ke Poland dan meletakkan jantung itu di dalam sebuah gelas kristal yang mengandungi alkohol di salah sebuah tiang di Gereja Salib Suci di Warsaw.

Pada 2014, para saintis telah melakukan kajian pada waktu lewat malam untuk memastikan alkohol itu tidak menyejat namun saintis agak kecewa kerana tidak dibenarkan menyiasat apakah punca sebenar yang menyebabkan kematian komposer terkenal itu.

8. Thomas Hardy

thomas hardy

Thomas Hardy merupakan seorang penyair dan penulis novel Inggeris yang terkenal dan ingin dikebumikan di kampung halamannya di Stinsford, Dorset. Namun, rakan-rakannya menegaskan agar ia dilakukan di Westminster Abbey di London kerana ia adalah pilihan yang sesuai buat seorang yang terkenal dengan karya sastera seperti Hardy.

Pegawai-pegawai yang bertugas ketika kematiannya memutuskan agar tubuhnya ditanam di Westminster Abbey akan tetapi jantungnya akan dibawa ke Stinsford untuk dikebumikan di halaman gereja di sana.

Ada khabar angin yang sering diceritakan bahawa seekor kucing telah memakan sebahagian daripada jantungnya ketika doktor sedang leka melakukan proses pengasingan. Khabar angin lain menambah bahawa kucing itu telah dibunuh dan dikuburkan bersama-sama jantung itu.

9. Percy Shelley

percy shelley dan mary

Apabila penyair Percy Shelley meninggal dunia ketika sedang berlayar di lautan pada tahun 1822, peraturan kuarantin tempatan telah menetapkan bahawa mayatnya perlu dibarkar di pantai.

Namun begitu, jantungnya tidak betul-betul terbakar dan seorang sahabatnya iaitu pengembara Edward Trelawny telah mengambilnya keluar daripada tapak pembakaran.

Selepas itu terjadi perebutan antara sahabat Shelley untuk mendapatkan hak penjagaan jantung itu tetapi akhirnya diserahkan kepada isteri Percy iaitu Mary dan disimpannya sehingga dia meninggal dunia.

Selepas itu, anaknya telah menemui jantung itu di dalam sebuah  beg daripada kain sutera dan telah diserahkan untuk dikebumikan di tapak pengebumian keluarga mereka di Bournemouth, England.

10. Otto von Habsburg

otto von habsburg

House of Habsburg juga dikenali sebagai House of Austria merupakan keturunan diraja yang terkenal dan telah melakukan penguburan jantung berasingan selama berabad-abad lamanya.

Pada tahun 2011, pewaris terakhir Empayar Austro-Hungary (yang dibubarkan pada tahun 1918) iaitu Otto von Habsburg telah meninggal dunia dan jantungnya telah dikebumikan di Biara Benedictine di Pannonhalma, Hungary. 

Badannya pula telah dikebumikan di Vienna, Austria. Putera Mahkota sementara itu menegaskan dia mahukan jantungnya dikebumikan di Hungary sebagai tanda kasih sayangnya kepada negara itu yang merupakan separuh daripada bekas empayarnya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)