Kredit foto: Instagram Disney+ Hotstar
Drama yang sarat dengan emosi dan konflik, Suamiku Lelaki Pendosa adaptasi novel tulisan Umie Nadzimah berjudul Imamku Lelaki Pendosa, kini sohor di laman media sosial.
Ia menggunakan khidmat pelakon handalan, antaranya Datuk Aaron Aziz, Sophia Albarakbah, Gambit Saifullah, Hafeez Mikail, Maria Farida, Edika Yusof, Ungku Hariz, Fauzi Nawawi, Aleza Shadan, Shima Anuar, Anne Abdullah dan Michael Lean.
Tayangan sejak 9 Februari 2022 itu berada dalam siaran setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di slot Samarinda, saluran TV3. Manakala tontonan online boleh diikuti di platform penstriman, Disney+ Hotstar.
Untuk lebih butiran lanjut, baca artikel: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Suamiku Lelaki Pendosa (Slot Samarinda TV3)
Berikut dikongsikan 10 fakta menarik di sebalik siri yang menjadi bualan hangat berikutan mengangkat kisah lelaki homoseksual atau 'gay' lakonan Datuk Aaron Aziz ini.
10 Fakta Drama Novel Berepisod Suamiku Lelaki Pendosa (Slot Samarinda TV3) Yang Ramai Tak Tahu!
Kredit foto: Instagram Disney+ Hotstar
1. Setiap babak dalam drama ini terlebih dahulu dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana menyedari penceritaan yang dibawakan sensitif dan bakal menarik perhatian ramai. Sensitiviti penonton amat dititik berat agar tidak terpalit dengan sebarang kontroversi, seterusnya kisah yang dipersembahkan bersesuaian bagi tontonan masyarakat Malaysia selari dengan budaya kita.
Kredit foto: Instagram Gambit Saifullah
2. Pelakon Gambit Saifullah berani mengambil watak 'panas' ini kerana rakan gandingannya adalah Datuk Aaron Aziz, rentetan mengetahui latar belakang aktor Singapura itu, apatah lagi mereka banyak bekerjasama sebelum ini.
Gambit seorang yang cukup teliti menerima tawaran kerana turut mengambil kira karakter yang dibawa, pasukan produksi yang terlibat, juga impak yang bakal diterima menerusi watak dijayakan.
Kredit foto: Instagram Disney+ Hotstar
3. Sophia Albarakbah ditampilkan sebagai heroin buat pertama kalinya walaupun masih 'hijau' dalam bidang lakonan.
Kredit foto: Instagram Aaron Aziz
4. Sophia tidak percaya dirinya berpeluang berpasangan dengan Aaron kerana sebelum ini kerap menonton lakonan Aaron di kaca TV. Beliau menyifatkan aktor terkenal itu sebagai seorang yang berperwatakan peramah, 'friendly' dan tidak lokek ilmu.
Kredit foto: Instagram Aaron Aziz
5. Kerana terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penggambaran berlangsung dalam tempoh yang lama iaitu dari bulan Februari tahun lalu sehinggalah Oktober.
Kredit foto: Instagram Gambit Saifullah
6. Banyak cabaran dilalui Sophia dalam usaha menyelesaikan projek siri ini apatah lagi penggambaran juga dilakukan dalam bulan puasa di bawah cuaca panas. Dia pernah pengsan hingga hampir tersembam ke lantai, namun mujur disambut Aaron yang berada di hadapan ketika itu.
Kredit foto: Instagram Aaron Aziz
7. Watak 'lelaki songsang' dibawakan Aaron tidak menjadi isu kepada isteri dan anak-anaknya, malah mereka teruja dan memberikan sokongan penuh kerana menyedari ianya cabaran baharu dalam karier Aaron.
Kredit foto: Instagram Aaron Aziz
8. Gambit akui kekok di hari pertama penggambaran kerana tuntutan untuk memegang tangan lelaki!
Kredit foto: Instagram Aaron Aziz
9. Bosan dengan watak hampir sama yang diterima menjadi faktor Aaron menyahut cabaran beraksi dengan watak sebegini yang disifatkan lain dari yang lain. Malah kisah yang dipaparkan juga dianggap berat dan mencabar kredibilitinya.
Kredit foto: Instagram Gambit Saifullah
10. Tegas Aaron, babak-babak sensitif tidak ditonjolkan berlebih-lebihan, sebaliknya lebih diterjemahkan dalam bentuk lisan berbanding karya Hollywood yang lebih berani.
Baca: 10 Fakta Sophia Albarakbah, Pelakon Drama Suamiku Lelaki Pendosa Yang Ramai Tak Tahu!
Kredit video: HIGHLIGHT: Episod 9 - Tapi You Kan Dah Janji... | Suamiku Lelaki Pendosa (2022)
Sumber:
2. Aaron Aziz cabar diri lakon watak 'lelaki songsang'
3. “Bila Kena Sentuh Lelaki…”- Gambit Cabar Diri Ambil Watak Gay
4. Saya perlu mencintai seorang lelaki – Datuk Aaron Aziz
5. 'Drama Suami Lelaki Pendosa 'dirujuk' JAKIM'
6. Suamiku Lelaki Pendosa penuh emosi, konflik
7. Gambit Saifullah sanggup lakon watak 'gay' sebab Aaron Aziz?