Kredit foto: Instagram Nurel Baharin , Instagram Azqa Aziz
Mengangkat genre psikologi ‘thriller’ dengan jalan cerita yang penuh ketegangan, siri ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiragi’ kini mencuri perhatian peminat drama.
Kredit foto: Instagram Astro Malaysia
Di sini, kami kongsikan sepuluh fakta menarik tentang siri ini yang mungkin belum diketahui ramai.
Kredit foto: Instagram Astro Gempak
1. ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiragi’ menyerlahkan rata-ratanya bakat segar kelahiran program terbitan Astro yang merupakan pelakon baharu, dengan dua nama yang mencuri perhatian ialah Aiman Ameer dan Nurel Baharin, juara Hero Dewi Remaja 2023. Bagi sebahagian besar pelakon yang terlibat, ini merupakan penampilan pertama mereka dalam dunia drama.
Selain Aiman dan Nurel, turut memeriahkan ialah Nadhir Nasar, Erysha Emyra, Arena Lieya (Arena Wan), Qistina Rania, Arabella Ellen, Evertts Gomes, Cahaya Nilam, Elyshia Abegail, Razin Qidran dan Miss Alvy Joanna.
Tidak ketinggalan, Cora Waybin, Azqa Aziz, Aizat Saha, Hakim Khan, Khaliquekerr (Kecik), Kim Azzim, Syafiq Irfan (Syapk), Baihaqi Majid, Rasyidin Zainal, Aiman Shah dan Cidin.
Kredit foto: Instagram Azqa Aziz
2. Drama ini merupakan salah satu daripada dua karya adaptasi Jepun yang mewarnai kandungan drama Melayu Astro bagi tahun 2024. Selain ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiragi’, sebuah lagi drama yang menarik perhatian ialah ‘Dari Mata Turun Ke Hati’. Siri komedi romantik ini diangkat daripada manga popular “Love’s In Sight!” hasil karya Uoyama, terbitan Kadokawa Corporation.
Kredit foto: Instagram Arabella Ellen
Disiarkan dalam slot Megadrama di Astro Ria, drama ini mula menemui penonton pada 12 Ogos 2024 hingga 5 September 2024, menampilkan gandingan hebat antara Mierul Aiman dan Arabella Ellen sebagai pelakon utama. Kedua-duanya juga merupakan bakat yang telah diketengahkan menerusi program pencarian Astro yang menambah lagi daya tarikan drama ini bagi peminat setia.
Kredit foto: Instagram Nurel Baharin
3. Untuk pengetahuan, siri asal Jepun yang menjadi inspirasi kepada ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiragi’ iaitu 'Mr. Hiiragi's Homeroom', telah berjaya meraih pengiktirafan apabila memenangi anugerah Grand Prix untuk Drama Bersiri di Tokyo Drama Awards pada tahun 2019.
Kredit foto: Instagram Nadhir Nasar
4. Beberapa hari selepas tayangan dua episod pertama di minggu pembukaan ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiragi’, Nadhir Nasar, pelakon utama siri ini, berkongsi satu pendedahan yang mengejutkan di akaun Instagram (IG) miliknya.
Kredit foto: Instagram Arena Wan
Menurut Nadhir, drama itu telah mencatat lebih 30 juta tontonan di TikTok, malah terus meniti di bibir pengguna platform X apabila menjadi trending sejak beberapa hari sebelumnya. Dalam kirimannya, Nadhir turut menyatakan bahawa dia mendengar segala maklum balas daripada penonton, yang baginya amat bernilai untuk dijadikan panduan dalam menghasilkan karya yang lebih bermutu di masa hadapan.
Kredit foto: Instagram Alvy Joanna
5. Satu lagi aspek yang mencuri perhatian ialah jumlah tontonan yang luar biasa bagi video tayangan perdana drama ini di saluran YouTube Astro Gempak. Dalam tempoh hanya lima hari selepas ia dimuat naik, video tersebut telah berjaya mengumpul sebanyak 550,000 tontonan, sekaligus membuktikan sambutan hangat yang diterima daripada audiens.
Kredit foto: Instagram Nurel Baharin
6. Tema yang diketengahkan drama ini, berkisar tentang isu buli di kalangan pelajar, menarik perhatian ramai kerana ia memiliki persamaan dengan beberapa drama Melayu popular yang pernah mencetuskan fenomena. Tak hairanlah jika ada netizen yang mengaitkannya dengan siri-siri terkenal seperti Projek: High Council, Yang Tahu Je Tahu dan The Secret.
Kredit foto: Instagram Nadhir Nasar
7. Sebelum ini, Nadhir dikenali sebagai watak pelajar dalam beberapa siri, tetapi kali ini, dia mengambil langkah berani dengan memegang peranan sebagai seorang guru. Tidak mahu terikat dengan drama asal, Nadhir membuat keputusan untuk tidak menonton sepenuhnya 'Mr. Hiiragi’s Homeroom' bagi membina karakter Cikgu Hiragi dengan sentuhan uniknya sendiri.
Kredit foto: Instagram Nadhir Nasar
Dia ingin menyuntik sisi 'Nadhir Nasar' dalam watak itu, sekaligus menjadikannya sesuatu yang lebih peribadi. Dalam usaha ini, Nadhir hanya menonton satu daripada sepuluh episod drama tersebut.
Kredit foto: Instagram Nurel Baharin
8. Dalam membawakan watak Ashraf, Evertts Gomes akui bahawa dia berasa tertekan dengan pelbagai komen yang diberikan netizen di media sosial. Ini tidak mengejutkan, memandangkan drama ini sudah mempunyai peminat yang tersendiri. Apabila terdapat perbandingan yang dibuat dengan siri asal, Evertts berharap penonton dapat memberikan mereka peluang, terutama kerana mereka telah mencurahkan sepenuh tenaga dan dedikasi dalam penghasilan karya ini.
Kredit foto: Instagram Alvy Joanna
9. Bagi mereka yang terlepas peluang untuk menyaksikan ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiragi’ di kaca televisyen, anda masih boleh mengikuti setiap episod secara digital menerusi platform On Demand. Ianya dengan menggunakan Astro Box atau aplikasi Astro Go, bahkan Sooka.
Kredit foto: Instagram Nurel Baharin
10. Sementara itu, 'Mr. Hiiragi's Homeroom' kini boleh disaksikan di platform Netflix, yang mana siri ini telah meraih tumpuan yang luar biasa. Ia kini menduduki carta trending di Malaysia dalam kategori siri TV di aplikasi tersebut.
Baca: Info Dan Sinopsis Siri Jepun, Mr Hiiragi's Homeroom
Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dari Mata Turun Ke Hati (Slot Megadrama Astro Ria)
Baca: 10 Filem Korea Terbaru 'Best' (2023 / 2024), Boleh Tonton Secara Online!
Baca: 10 Drama Thailand (Thai Drama) Terbaru Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!
Tajuk cerita? Kelas Tahanan Cikgu Hiragi
Berapa episod? 20 episode
Setiap hari apa? Rabu dan Khamis
Bila tayang? Pukul 9 malam
Tonton di mana? Saluran Astro Ria dan platform online, Astro Go serta Sooka
Kredit video: [TAYANGAN PERDANA] Kelas Tahanan Cikgu Hiragi (Ep 1) - Bermula 25 September 2024 di Astro Ria
Kredit video: Kelas Tahanan Cikgu Hiragii | Official Trailer | Release Date 25 September 2024
Sumber:
1. ‘Tiada betul atau salah kaut semua tawaran’