Agak hairan apabila mendengar negara yang tiada lautan tetapi mempunyai Angkatan Tentera Laut sendiri. Namun, terdapat beberapa sebab mengapa berbuat demikian.

Walaupun tiada lautan, negara-negara ini sebenarnya menempatkan tentera mereka di tasik atau sungai utama. Mereka perlu menjaga keselamatan sekiranya sungai atau tasik menjadi sempadan negara mereka dengan jiran.

Di beberapa negara lain, sungai dan tasik merupakan kaedah termudah untuk menggerakkan tentera ke seluruh negara berbanding jalan darat. Berikut adalah 10 negara yang tidak mempunyai lautan tetapi memiliki Angkatan Tentera Laut.

1. Negara Azerbaijan

BESARKAN TEKS     A-  A+

Terdapat beberapa negara yang bersempadan dengan Laut Kaspia dan salah satunya adalah Azerbaijan. Sebenarnya, Laut Kaspia adalah takungan air di daratan yang terbesar dunia dan tidak bersambung dengan mana-mana lautan. Malah, ia dikategorikan sebagai tasik terbesar dunia.

Ini menjadikan Azerbaijan sebagai negara tiada lautan. Namun, mereka mempunyai Tentera Laut yang beroperasi di Laut Kaspia dengan kekuatan sebanyak 5,000 anggota dan 16 unit kapal perang untuk mengawal sempadan daripada diceroboh negara jiran yang dipisahkan Laut Kaspia.

2. Negara Bolivia

bolivia navy

Pasukan Tentera Laut Bolivia mempunyai kekuatan beberapa ribu anggota. Ketika pasukan itu ditubuhkan, Bolivia memiliki akses ke Laut Pasifik melalui wilayah di Chile. Namun, mereka hilang penguasaan wilayah itu dalam Perang Pasifik.

Kini, Tentera Laut Bolivia hanya melakukan rondaan di Tasik Titicaca dan sungai-sungai utama di negara itu. Bagi rakyat Bolivia, ia merupakan simbol mereka tidak berputus asa dalam mendapatkan kembali akses ke Laut Pasifik.

3. Republik Afrika Tengah (CAR)

central african republic

Republik Afrika Tengah adalah sebuah negara daratan yang dikelilingi oleh beberapa negara seperti Chad, Sudan, Congo dan Cameroon. Namun, mereka mempunyai Angkatan Tentera Laut yang kecil dengan kekuatan 100 anggota dan tujuh bot peronda.

Pasukan ini mengawasi Sungai Ubangi dan beberapa lagi sungai utama negara itu. Pasukan pemberontak dari negara jiran sering memasuki Republik Afrika Tengah melalui sungai utama yang menjadi sempadan negara itu.

4. Negara Kazakhstan

navy kazakhstan

Sama seperti Azerbaijan, negara Kazakhstan juga bersempadan dengan Laut Kaspia (lebih dianggap sebagai tasik terbesar dunia). Pada 7 Mei 2003, negara itu menubuhkan Pasukan Tentera Laut atas keputusan presiden.

Mereka beroperasi di Laut Kaspia dengan pangkalan di Aktau. Tentera Laut Kazakhstan mempunyai kekuatan seramai 3,000 anggota dan dilengkapi 14 kapal peronda. Pada 2011, pangkalan penerbangan tentera laut telah dibuka di Aktau.

5. Negara Laos

navy laos

Angkatan Tentera Laut Laos beroperasi di Sungai Mekong yang merupakan laluan utama negara itu. Sungai Mekong menjadi sempadan Laos dengan jirannya seperti Thailand, Vietnam, Myanmar, China dan Kemboja.

Dengan menggunakan puluhan bot bersiaz sederhana kecil, pasukan tentera itu biasanya terlibat dalam operasi mengawal sempadan negara.

6. Negara Paraguay

paraguay navy

Walaupun Paraguay adalah sebuah negara yang dikelilingi daratan tetapi ia memiliki tradisi angkatan tentera laut yang kuat kerana mempunyai akses ke Lautan Atlantik melalui sungai Paraguay - Parana (negeri di Brazil).

Tentera Laut Paraguay mempunyai 12 pangkalan dengan pangkalan utama di Puerto Saxony di Asuncion. Keseluruhan kekuatan angkatan itu termasuk anggota penerbangan Kor Marin adalah seramai kira-kira 1,950 anggota.

7. Negara Rwanda

navy rwanda

Rwanda mempunyai Angkatan Tentera Laut kecil yang beroperasi di Danau Kivu yang bersempadan dengan Republik Demokratik Kongo.

Pasukan itu terlibat dalam Perang Congo Kedua yang bermula pada Ogos 1998 dan berakhir secara rasminya pada Julai 2003 apabila Pemerintahan Peralihan Republik Demokratik Congo mengambil alih kuasa.

8. Negara Serbia

serbia navy

Selepas berpisah dengan Montenegro, Serbia menjadi negara yang dikelilingi daratan. Montenegro yang bersempadan dengan Laut Adriatik telah mewarisi hampir semua jentera tentera laut dari bekas kesatuan itu.

Namun, Serbia masih mewarisi kapal peronda sungai dan kapal penyerang yang beroperasi di Sungai Danube. Kini, Angkatan Tentera Laut Serbia berfungsi seperti sebuah angkatan yang sebenar dengan pasukan yang lebih besar dan kompleks.

9. Negara Turkmenistan

turkmenistan navy

Turkmenistan mempunyai sebuah Angkatan Tentera Laut kecil di Laut Kaspia (bukan laut semula jadi). Pasukan itu terdiri daripada 700 anggota dan memiliki 16 kapal peronda.

Intitut Kajian Strategik Antarabangsa melaporkan bahawa Turkmenistan bercadang membentuk angkatan laut sebenar yang berpangkalan di Turkmenbashy dengan satu kapal perang kelas USCG Point dan lima kapal peronda kelas Kalkan.

10. Negara Uganda

uganda navy

Uganda mempunyai pasukan yang digelar sebagai Sayap Pertahanan Laut Rakyat Uganda yang beroperasi di Tasik Victoria. Angkatan itu mempunyai kekuatan seramai 400 anggota dan lapan kapal peronda sungai.

Misi utama pasukan itu adalah untuk mengawal keselamatan di sepanjang Tasik Victoria dan Sungai Nil yang menjadi sempadan negara.




Hakcipta iluminasi.com (2017)