Berat badan meningkat sering dikaitkan dengan kurangnya mengamalkan diet seimbang dan jarang bersenam. Ia merupakan perkara biasa bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Faktor kekurangan masa sering dijadikan penyebab kepada masalah-masalah ini.

hijab burger

Namun, bagi mereka yang bersusah-payah untuk menurukan berat badan, kadang-kadang mereka tidak menyedari bahawa aktiviti-aktiviti harian yang mereka lakukan sebenarnya adalah punca kepada penambahan berat badan. Sering kali kita terlepas pandang perkara-perkara sebegini sehinggakan ia sudah menjadi tabiat harian, lalu menyebabkan kita mempersoalkan keberkesanan senaman dan diet yang sihat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda tabiat-tabiat harian yang sering kita lakukan yang boleh memberi kesan kepada penambahan berat badan.

1. Tidur tidak menentu

waktu tidur yang tidak menentu

Dengan tidur yang kurang, badan anda akan cenderung untuk menghasilkan hormon kortisol yang bertindak balas dengan tekanan mengakibatkan peningkatan nafsu makan. Namun, terlebih tidur juga tidak bagus untuk badan anda. Menurut kajian yang dijalankan oleh PLOS One journal, tidur lebih daripada 10 jam setiap malam boleh menyebabkan peningkatan indeks jisim badan (BMI). Tak hairanlah pakar-pakar perubatan mencadangkan kepada kita untuk tidur di antara 6 hingga 8 jam sehari.

2. Tidak bersarapan

sarapan penting untuk memulakan harian anda

Sama ada anda tidak bersarapan langsung, atau bersarapan terlalu sedikit, ia akan memberi kesan kepada berat badan anda. Jika anda tidak bersarapan, anda telah melakukan kesilapan besar. Ini kerana anda telah berpuasa semalaman dan apabila anda bangun, badan anda memerlukan tenaga, dan metabolisma badan anda memerlukan makanan untuk bekerja. Jadi dengan tidak bersarapan, metabolisma badan anda akan menjadi perlahan mengakibatkan penambahan berat badan.

3. Pengambilan makanan rendah lemak ('low-fat')

makanan rendah lemak tidak semestinya rendah kalori

Ramai yang salah anggap bahawa makanan "low-fat" ini adalah pilihan yang bagus untuk badan, kerana tersalah faham dengan label yang dipaparkan. Sebenarnya anda perlu lebih bijak, jika sesuatu makanan itu adalah rendah lemak, ia tidak semestinya rendah kalori. 

Dan biasanya, untuk merendahkan kandungan lemak tersebut, mereka akan menggantikan dengan bahan lain, termasuklah karbohidrat, yang mana lebih bahaya daripada lemak. Karbohidrat ini akan dihadam dengan pantas oleh badan, menyebabkan peningkatan jumlah gula dalam darah dengan cepat, yang akhirnya menyebabkan anda berasa lapar. Jadi, anda akan makan dengan lebih banyak.

4. Kurang minum air

minum air masak dengan lebih banyak

Ini adalah masalah biasa kerana terlalu ramai yang melakukannya. Apabila anda minum terlalu sedikit air, terutamanya air masak, buah pinggang anda akan bekerja lebih perlahan yang menyebabkan lebih banyak toksin terkumpul di dalam badan. Pakar-pakar mengesyorkan supaya meminum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk sentiasa terhidrat, dan memudahkan pengeluaran sisa-sisa daripada badan serta mencegah pembentungan cecair dalam badan.

5. Minum air bergula berlebihan

minuman bergula ve49

Pengambilan minuman bergula tinggi seperti minuman berkarbonat Coca-cola, Pepsi dan lain-lain antara tabiat yang menyumbang kepada penambahan berat badan. Gula yang digunakan untuk menghasilkan minuman bergula ini adalah fruktosa, yang mana tidak boleh dihadam menjadi tenaga, sebaliknya diproses menjadi lemak dan dihantar ke sel-sel lemak untuk disimpan. 

6. Makan sebelum tidur

makan sebelum tidur

Teringin makan sebelum tidur biasanya bukanlah datang daripada rasa lapar, tetapi dari rasa cemas atau tabiat. Mereka yang biasanya mempunyai tabiat ini lebih suka makan sesuatu yang manis dan berkalori tinggi, yang mana tidak bagus untuk berat badan. Apabila makanan masuk ke dalam badan sebelum tidur, ia akan dihadam menjadi tenaga. Apabila tenaga ini tidak digunakan, ia akan disimpan di dalam badan sebagai lemak, yang menyebabkan masalah kegemukan.

7. Tekanan dan rasa cemas

tekanan mengakibatkan kegemukan

Walaupun ia tidak dikategorikan dalam tabiat harian, namun rasa cemas dan tekanan juga boleh menyebabkan berat badan bertambah. Apabila anda mengalami tekanan, seperti tekanan kerja atau perhubungan, badan anda akan merembeskan hormon kortisol, sama seperti kekurangan tidur, yang meningkatkan keinginan untuk makan, lebih-lebih lagi makanan yang manis.

8. Makan terlalu cepat

makan terlalu cepat

Perut anda memerlukan masa 20 minit untuk memberitahu otak anda bahawa ia telah penuh. Kajian dalam Journal of the American Dietetic Association menemui bahawa mereka yang makan lebih lambat biasanya makan kurang 66 kalori dalam setiap hidangan, berbanding mereka yang makan dengan laju. Jika anda boleh elakkan daripada makan lebihan 66 kalori ini setiap kali makan, anda boleh kurangkan berat sebanyak 9 kilogram setahun! Patut lah orang-orang tua selalu berpesan jangan makan dengan gelojoh.

9. Kehidupan yang tidak aktif

kehidupan tidak aktif 256

Menjalani hidup yang tidak aktif adalah penyebab terbesar masalah obesiti dunia, kerana mereka cenderung untuk makan berlebihan, mengumpulkan lemak dan meminimakan aktiviti fizikal mereka. Amatlah penting untuk mengelakkan daripada menjalani kehidupan tidak aktif ini, yang boleh menyebabkan penambahan berat badan dengan mudah, dan juga boleh mengakibatkan penyakit yang serius pada masa hadapan.

10. Pengambilan garam berlebihan

pengambilan garam berlebihan 440

Tabiat suka makan makanan masin bukan sahaja boleh menambahkan berat badan, juga boleh memberi kesan kepada kesihatan secara amnya. Biasanya, mereka yang suka makan makanan yang masin adalah kerana deria masin pada lidah yang kurang peka. Oleh itu, mereka cenderung untuk menambah pengambilan garam ke dalam makanan. Ini akan mengakibatkan pembentungan air di dalam badan, dan juga memberi kesan kepada tekanan darah. Sangat penting untuk mengambil garam dalam jumlah yang sederhana dan menggantikan dengan herba-herba lain dalam masakan.

Sumber :

1. Eat This

2. Prevention

3. Step To Health




Hakcipta iluminasi.com (2017)