Oleh pada 19 Mar 2017 kategori

garden of morning calm

Mungkin tidak ramai tahu mengenai tempat bernama ‘The Garden of Morning Calm’ di Korea Selatan. Tempat yang popular sudah semestinya ramai yang tahu dan pernah melawatinya seperti Nami Island (terkenal sebagai Pulau Cinta, populariti tercetus semenjak Drama Winter Sonata yang menjalankan pengambarannya di situ), N Seoul Tower (dahulunya dikenali sebagai Namsan Tower, Menara tertinggi di Korea Selatan yang terletak di Gunung Namsan), Istana-istana seperti Gyeongbokgung, Changdeokgung dan Deoksugung.

BESARKAN TEKS     A-  A+

‘The Garden of Morning Calm’ ialah sebuah taman bunga di daerah Gyeonggi-do, Korea Selatan dengan keluasan 30,000㎡ yang dikonsepkan oleh Professor Han Sang-kyung dari Gardening Department, Sahmyook University. Misinya adalah membina sebuah taman bunga yang membawakan konsep Korea yang terkenal di seluruh dunia. Ia merupakan antara taman bunga persendirian yang tertua di Korea dan mampu menarik lebih kurang 600,000 pelawat setahun.

the garden of the morning calm

Laluan yang indah dan cantik, rumput yang dijaga rapi dan lebih 5,000 jenis tumbuh-tumbuhan membentuk 20 tema yang tersendiri. Yang paling terkenal adalah Sukgeum Garden yang berbentuk iras bentuknya Korea, dengan harapan penggabungan Korea Utara dan Selatan. Taman ini dibuka sepanjang tahun dan bunga-bunga akan kembang mekar sekitar Mac hingga November, iaitu dari musim bunga hinggalah akhirnya musim luruh. Ini adalah masa kemuncak bagi taman ini. Dan di musim sejuk pula, adanya festival lampu selepas terbenamnya matahari.

tempat menarik di korea

Festival lampu ini adalah festival lampu yang terbesar di Korea Selatan, diterangi oleh 30,000 lampu di seluruh taman. Sekiranya anda bakal melawat Korea Selatan di musim salji, anda mungkin boleh melawat taman ini. Mudahnya anda boleh menaiki pengangkutan awam, dengan menaiki tren dari mana-mana stesen di daerah Seoul ke Cheongpyeong Station, kemudian menaiki Gapyeong Tour Bus. Bas tersebut akan berhenti terus di ‘The Garden of Morning Calm’. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit.

melancong ke korea selatan

tempat wajib di korea selatan




Hakcipta iluminasi.com (2017)