Oleh pada 09 Dec 2017 kategori

zahrah rania anak jimmy shanley

Sumber foto: Sinar Online

Pengacara dan pelakon, Jimmy Shanley telah berkahwin dengan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh. Namun, kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah. Setelah mendirikan rumah tangga, mereka tinggal seketika di Putra Heights, Subang Jaya.

Pasangan ini berbulan madu di Koh Samui, Thailand. Mereka kemudiannya dikurniakan seorang anak perempuan, Zahrah Rania. Pada 3 Januari 2011, Jimmy memfailkan perintah kembali taat terhadap isterinya itu. Ia disusuli dengan permohonan nusyuz pada 27 Januari 2011 di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. 

Pada Oktober 2012, pasangan ini akhirnya sah bercerai secara khuluk (tebus talak) sebanyak RM1 di Mahkamah Rendah Syariah Subang. Jimmy dan Suhaila bersetuju untuk bercerai talak "satu bain sughro", iaitu talak yang tidak boleh rujuk kembali kepada perkahwinan asal. Suhaila selaku plaintif bersetuju menggugurkan hak tuntutan nafkah edah, mutaah, tertunggak serta hutang.

Anak pasangan itu, Zahrah Rania kini berusia 6 tahun. Jom kita tengok wajah si comel ini.

Sumber berita: Wikipedia

Sumber foto: Instagram.com/zahrahraniashanley




Hakcipta iluminasi.com (2017)